Faqih, seorang suami penyayang dan lelaki berjaya, percaya bahawa cinta sejati wujud setelah bertemu dengan Huda, wanita yang melengkapkan hidupnya. Namun, kepercayaannya musnah apabila dia mendapati isterinya, dan Lutfi, sahabat karibnya, telah mengkhianatinya. Hubungan terlarang mereka meruntuhkan dunianya. Dengan hati yang hancur, Faqih memilih untuk menyembunyikan kekecewaannya dan berpura-pura tidak tahu apa-apa. Dalam diam, dia mula merancang balasan yang setimpal untuk menghukum mereka berdua. Namun, rancangannya semakin kelam apabila hatinya remuk melihat mereka tersenyum bahagia seolah-olah tiada apa yang berlaku, sedangkan dia menderita sendirian. Tekadnya semakin kukuh. Sebuah pengkhianatan harus dibalas, dan balasan itu adalah kematian. Di sebalik senyuman tenangnya, dendam itu perlahan-lahan mengubah dirinya, memaksa Faqih bergelut dengan sisi gelap yang semakin mencengkam jiwa. Hidupnya, yang dulunya penuh harapan, kini seolah-olah terhenti pada saat kebenaran itu tersingkap. Kini, Faqih berada di persimpangan dilema iaitu membiarkan cinta yang pernah indah terus mati, atau menghentikan pengkhianatan itu dengan cara yang tidak akan dilupakan sesiapa. Mampukah Faqih menamatkan dendamnya, atau akan terperangkap dalam lautan kebencian yang diciptanya sendiri? Nak dapatkan Ebook ni boleh p.m ❤️All Rights Reserved
1 part