Story cover for KETIKA CAHAYA KEMBALI by itmesof111
KETIKA CAHAYA KEMBALI
  • WpView
    Reads 9
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 3
  • WpView
    Reads 9
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 3
Ongoing, First published Feb 15
Mengisahkan tentang dua orang sahabat baik sewaktu kecil terpisah akibat masalah keluarga. Setelah bertahun-tahun mereka terpisah, akhirnya mereka ditemukan oleh masa. Tetapi malangnya salah seorang dari mereka telah mengalami kemalangan dan kehilangan ingatan tentang masa lalu mereka dahulu.
All Rights Reserved
Sign up to add KETIKA CAHAYA KEMBALI to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] by sopheahadie
46 parts Complete
Sara Jasmeen, gadis malang yang dibuang oleh mamanya sendiri atas kesalahan yang dia tak pernah terniat untuk melakukannya. Membawa diri jauh ke kota Edinburgh pada usia yang sangat muda. 10 tahun menetap di situ mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan dan dunianya terisi dengan hadirnya seorang sahabat susah senang. Selepas 10 tahun, hatinya terbuka untuk pulang ke tanah air dan semasa dalam perjalanan pulang, ditakdirkan tuhan berjumpa dengan seorang lelaki bernama Raes Amrullah. Raes Amrullah, lelaki biasa namun misteri. Tempoh singkat perkenalan dengan Sara Jasmeen membibitkan rasa yang aneh dalam hati lelaki itu. Sangkanya itulah kali pertama dan terakhir dia akan bertemu dengan gadis itu, namun ternyata perancangan tuhan itu indah. Beberapa pertemuan antara mereka membuka rahsia hidup Sara yang pedih, berjanji dengan dirinya bahawa dia akan mengembalikan kebahagiaan dalam hidup gadis itu. Menikmati alam rumah tangga bersama Raes, sedikit demi sedikit memberi sinar baharu buat Sara. Namun, pelayaran cinta bersama Raes tidaklah kekal tenang, satu peristiwa menyebabkan pelayaran mereka dilanda badai apabila hadirnya Firdaus yang menimbulkan kacau bilau. Sekali lagi Sara dibuang,lebih parah dibuang oleh suami sendiri yang telah menabur janji untuk membahagiakannya. Saat kebenaran mula terbongkar, Raes sasau mencari sang isteri namun hampa apabila Sara membawa diri dengan hati yang berdarah. Apakah kesudahan kisah cinta antara mereka? Masih adakah peluang untuk Raes menebus silapnya? Masihkah Sara mengizinkan Raes hadir semula dalam hidupnya? Apakah pengakhiran hubungan Sara dan mamanya? Layakkah Sara merasa bahagia setelah beribu liku yang dihadapi dalam hidupnya?
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish] by IeraRoselyn
67 parts Complete
Lelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap manusia. Kerana hanya Allah Maha Pemilik hati. Kayla Raihana. Demi menjaga hubungan yang baik dan kekalkan persahabatan dia bersama Adam Firdaus, dia sanggup menahan hati dan perasaannya bila Adam Firdaus sudah pun menjalinkan hubungan dengan gadis yang dicintai lelaki itu. Walaupun sakit, Kayla Raihana tetap menahan persahabatan mereka. Dia sanggup kecewa daripada kehilangan lelaki itu. Kerana, sejak kecil dia cuma ada lelaki itu dan keluarga lelaki itu. Dia sudah kehilangan ahli keluarga sejak kecil disebabkan satu kejadian kebakaran yang meragut nyawa seluruh keluarganya. Adam Firdaus. Dia terlalu mencintai kekasih hatinya. Sudah dia tidak peduli akan perasaan dan hati Kayla Raihana walaupun dia tahu akan perasaan Kayla Raihana terhadap dia. Tidak lama, satu keadaan yang memaksa dia untuk menjadikan sahabat baiknya sendiri sebagai isteri kerana kekasih hati melarikan diri sebulan sebelum majlis diadakan. Adam Firdaus menjadikan Kayla Raihana isteri hanya kerana simpati. Kayla Raihana menerima Adam Firdaus dengan hati yang terbuka kerana dia sangat cinta kepada lelaki itu. Satu peristiwa yang telah menyebabkan Kayla Raihana begitu kecewa dengan Adam Firdaus telah membawa dia pergi jauh dari lelaki yang dia cintai. Dia sanggup menjauh dari terus dihina dan dicaci oleh suami merangkap sahabatnya sendiri. Mampukah Adam Firdaus menggantikan perasaan kasihan kepada cinta untuk Kayla Raihana setelah isterinya pergi jauh dari sisinya? Masihkah ada peluang untuk Kayla Raihana bahagia?
You may also like
Slide 1 of 8
WHEN HE FELL HARDER cover
MAAF TERINDAH cover
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] cover
MY HUSBAND MR SWEET {C] cover
Kesilapan Kami: Jatuh Cinta.✔️ cover
Bestfriend, I'm Sorry, I Love You | MALAY [COMPLETE]✔ cover
When Opposites Meet cover
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish] cover

WHEN HE FELL HARDER

53 parts Complete

Bertunang secara paksa oleh ibu bapa dengan budak 18 tahun? Sangat mengarut. Habis tu kekasih hati dia ni nak campak mana? "Kenapa kau tak bantah je?" ~ Ziyad Hadeef "Sebab... sebab Riya memang nak kahwin dengan abang Yad!" ~ Nur Dariya Sungguh Ziyad rimas dengan perangai Dariya yang sentiasa menyibuk tentang hal hidup dia! "Riya akan berhenti panggil abang dengan gelaran abang bila Riya anggap abang dah mati dalam hidup Riya." ~ Nur Dariya Namun, apabila hati si gadis sudah mula terluka, akhirnya Dariya memutuskan tali pertunangan mereka dan membawa diri jauh daripada Ziyad. Sudah, Ziyad pula yang sasau mencari Dariya kembali! Segala sesalan tidak dapat mengubah kenyataan. Kembalinya Dariya dengan berita pertunangannya dengan orang lain bikin hati Ziyad berkecai. "Sayang? Encik sayang saya? Ada saya kesah? Dulu encik dah pijak-pijak perasan saya, and now datang sini nak cakap encik sayang saya? Are you kidding me?" ~ Nur Dariya "Tapi abang yakin Riya jodoh abang..." ~ Ziyad Hadeef "Saya tak boleh janji sebab mungkin Ziyad yang akan ambil tempat saya untuk bahagiakan Riya..." ~ Izzfar Adri "But he's mine!" ~ Aulia Umairah Dapatkah hubungan mereka kembali bersatu? Atau Ziyad akan menerima nasib seperti yang dilakukan pada Dariya?