Dendam seorang mangsa penghancur persahabatan mengisahkan tentang kehidupan empat orang penyanyi group Starlight yang sudah menjadi trainee dari agensi Eclipse entertaiment semenjak berumur 15 tahun. Empat orang itu adalah Sohee, Soomin Sara dan Minyoung. Mereka berteman dengan group kpop seperti FX (Krystal, Luna, Amber, Victoria dan Sulli) dan group Kara (Seungyeon, Jiyoung, Goo Hara,Nicole dan Gyuri) bersama tiga orang lelaki dari Jepun iaitu Kaindra, Satoshi dan Nagase.
Persahabatan mereka menjadi erat dan bahagia sehingga pada suatu hari, seorang selebgram wanita, Da Hyun dan abangnya, Jae Hyun memasuki persahabatan mereka dan membenci Sohee dan membuat cerita palsu untuk menjatuhkan Sohee. Hal itu membuatkan Sohee dibenci oleh teman-temannya kecuali Minyoung,Sara dan Soomin yang menyokongnya. Sehingga pada suatu hari, Minyoung, Sara dan Soomin membela Sohee dengan membuat sidang media agar kejahatan Dan Hyun dan Jae Hyun terbongkar. Akibat daripada itu, Dan Hyun dan Jae Hyun cuba membunuh Sohee di Imnang Beach dan disahkan meninggal dunia kerana bunuh diri. Sehingga Salah seorang lelaki iaitu Min Woo menyelamatkan Sohee. Kini, Sohee kembali sebagai Park Na Yeon untuk membalas dendam terhadap Da Hyun dan Jae Hyun.
Adakah Sohee berhasil membalas dendamnya dan kembali kepada teman-temannya?
Cerita ini mempunyai 35 bab