Hannah Arabella Rochefort, 16 tahun, bukan gadis yang mudah tunduk pada sesiapa. Dia arrogant dan cukup berani bermain dengan sesiapa sahaja-kecuali keluarganya. Namun, di mata orang luar, dia seorang gadis cantik yang sukar didekati.
Cuti akhir tahun sepatutnya menjadi masa untuk berehat dan berseronok, tetapi kepulangannya ke rumah membawa berita yang langsung tidak diduga. Kedua ibu bapanya membuat keputusan untuk menikahkannya dengan anak sahabat baik mereka-Tengku Rayzen Elmer.
Rayzen, 25 tahun, seorang lelaki beku yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Sikapnya yang dingin menjadikan dia satu misteri, tetapi Hannah tidak pernah lari daripada cabaran. Sejak pertemuan pertama, dia mula bermain dengan api-mengusik, menggoda, dan mencabar kesabaran lelaki itu.
Namun, sejauh mana Hannah boleh bertahan dalam perkahwinan yang tidak pernah dia mahukan? Dan adakah Rayzen akan terus kekal beku, atau akhirnya dia akan terjerat dalam permainan yang dicipta oleh isterinya sendiri?
Sebuah kisah perkahwinan paksa yang penuh ego, keangkuhan, dan perasaan yang sukar diduga.
---
Rose, seorang gadis muslim yang taat, bekerja keras di sebuah kafe. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu Leo, seorang anggota kumpulan gelap yang misterius.
Setelah pertemuan yang tidak dijangka, Leo tertarik pada Rose yang penuh ketenangan, sementara Rose merasa terancam dengan kehidupan gelap Leo.
"Auch, sakit." - Rose
"Are you okay?!" - Leo
Leo yang terperangkap dalam dunia gelapnya itu mula meragui pilihannya dan tertanya-tanya apakah ada jalan keluar. Dia mulai mempertimbangkan untuk memeluk Islam, terutama selepas mengenali Rose.
"Ramai lagi perempuan yang bagus dari saya, carilah orang lain." - Rose
"Why other girl when you exist? Kalau aku kata aku nak kau, maksudnya kau je. Tak ada orang lain." - Leo
Rose, walaupun mula jatuh cinta pada Leo, berdepan dilema. Apakah dia boleh menerima tentang kehidupan Leo? Kuatkah dia untuk menghadapi pelbagai risiko?
Mampukah Leo dan Rose menghadapi perbezaan dunia mereka, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana takdir?
Start : 27 November 2024
End : 23 February 2025