Status | Completed | Unedited BUNGA LAURA QALISYAH seorang pereka fesyen yang bekerja di syarikat Neneknya. Dia sudah bertunang dan bercinta hampir lima tahun dengan Haiqal Rafie yang merupakan seorang playboy. Tunang yang sudah mencurangi dirinya dengan perempuan lain membuatkan dia pergi membawa diri bercuti dengan menaiki sebuah kapal mewah bersama dengan sahabat baiknya Adila. FARIEQ MUAZ HAYDAN merupakan seorang yang pengingkar. Dia menentang arahan ayahnya untuk menguruskan syarikat sebaliknya dia ingin menguruskan sebuah kapal mewah milik Datuknya. Dia pergi bercuti untuk menenangkan fikiran apabila dia dan teman wanitanya bergaduh besar kerana didapati curang olehnya. Pertemuan mereka di dalam kapal mewah itu mula merapatkan mereka dan mengajar mereka erti cinta sejati. Cinta bukan diukur dengan berapa lama kita mengenali pasangan dan juga bertapa baiknya pasangan kepada kita tetapi kesetiaan dan kejujuran adalah yang terbaik untuk mengenal erti cinta sebenar. "Itu luggage aku." "Sorry sebab saya tak perasan yang luggage kita sama." "Aku kesah pasal kau sebab hati aku yang nak." "Awak suka saya ke?" "Tak." "Habistu? Kenapa awak sentiasa ada dekat dengan saya?" Pertemuan yang singkat antara mereka telah menyemai bibit-bibit cinta di dalam diri masing-masing. Adakah perkenalan yang singkat dapat menyatukan dua hati? Kesetiaan dan kejujuran bagaimanakah yang dicari mereka? Inspired from 'Cruise Cinta Lebaran' ∆ Plagiarism? No, stay away from my story. P E M B E R I T A H U A N : Mana-mana kemiripan kepada orang sebenar, hidup atau mati, atau kejadian sebenar hanyalah kebetulan semata-mata. Mula: 270520 Tamat: 241220
More details