Dalam pelukanmu, aku temui syurga,
Namun di sebaliknya, ada jeriji yang tidak terlihat.
Langkahku terikat, mindaku terkurung,
Antara cinta yang memikat dan bayangan yang menjerut.
Aku ingin percaya bahawa kau adalah takdir,
Tetapi setiap bisikanmu membunuh keyakinanku.
Di mana hujung jalan ini?
Di mana batas antara realiti dan ilusi?
Kerna jika ini cinta, mengapa aku merasa kehilangan diri sendiri?
Sinopsis :
Di tengah kesibukan Kuala Lumpur, Alea Sofea menemukan lelaki yang membuat hatinya percaya pada cinta sekali lagi-Zayden Ilhan, seorang arkitek ternama yang penuh pesona dan misteri. Dalam pelukannya, Alea merasakan ketenangan yang tak pernah dia temui sebelum ini.
Namun, semakin dia menyelami dunia Zayden, semakin dia sedar bahawa cintanya bukan sekadar kisah romantis, tetapi sebuah perangkap yang menjerut jiwanya perlahan-lahan. Apa yang bermula dengan kasih sayang bertukar menjadi mainan minda, manipulasi emosi, dan ketakutan yang membayangi setiap langkahnya.
Alea terperangkap dalam dunia di mana batas antara cinta dan obsesi, perlindungan dan penguasaan, realiti dan ilusi menjadi samar. Rahsia gelap Zayden semakin terbuka, dan saat itu dia sedar-kadang-kadang, cinta yang paling indah adalah yang paling berbahaya.
Dan di akhirnya, hanya ada satu jalan keluar...
"Hijab Yang Terbuka" adalah kisah seorang wanita yang terperangkap dalam hubungan cinta yang indah di permukaan, tetapi beracun di sebalik tabir. Lelaki yang dia cintai bukan sekadar menyimpan rahsia biasa-tetapi menyembunyikan trauma psikologi yang akhirnya membawa mereka berdua ke arah kehancuran.
Karya :
●Leora Adhira●