RATNA ATMA SAMUDERA

RATNA ATMA SAMUDERA

  • WpView
    Reads 659
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 10
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Feb 26, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Adra Huwaina, seorang gadis nakal dan licik, sering membuat onar sehingga kedua-dua orang tuanya sendiri tidak mampu mengawalnya. Akhirnya, ayahnya mengambil keputusan untuk menghantarnya ke kampung halaman yang didiami oleh opahnya, dengan harapan dia akan berubah. Namun, berada di kampung tidak mengubah sikap Adra. Dia masih dengan perangainya yang suka memberontak dan mencabar batas. Sehinggalah suatu hari, dia terdengar penduduk kampung berbual tentang sebuah gua yang terkenal dengan kisah-kisah mistik dan misteri. Rasa ingin tahunya membuak-buak, mendorongnya untuk menjejakkan kaki ke sana. Siapa sangka, langkahnya ke dalam gua itu telah membawa dirinya ke satu dimensi lain iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka.Terperangkap di masa lampau tanpa jalan pulang, Adra terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan di era tersebut sambil mencari jalan untuk kembali ke dunianya. Mampukah Adra keluar dari zaman itu? Atau takdir sudah menetapkan sesuatu yang lebih besar untuknya?
All Rights Reserved
#192
takdir
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Dibalik Jendela Takdir [BAKAL TERBIT]
  • TANGISAN TAKDIR
  • Mr. Riz's Property
  • TAKDIR (c)
  • Lukisan Takdir
  • Zafran: Panglima Dua Zaman
  • Haivara: Di Antara Dua Dunia
  • Takdir Hawa

Amani Thaqifa, seorang arkitek urbanis yang berjiwa bebas dan penuh idealisme, terperangkap di antara keinginan peribadi dan tuntutan keluarganya yang teguh memelihara martabat, darah, dan darjat. Di seberang garis takdir yang sama, Hamid Rayyan, pensyarah muda berkarisma, bergelut dengan dilema agama, warisan budaya, dan peranan sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga yang berakar kuat pada adat nenek moyang. Mereka pernah menjadi jiwa yang saling menemui dalam sepi yang sama, namun cinta mereka tidak diberi ruang untuk tumbuh. Dipisahkan oleh garis budaya, dilukakan oleh nama keluarga, dan didiamkan oleh masyarakat yang menilai berdasarkan silsilah, bukan rasa. Di tengah kota metropolitan yang bising dengan nama baik, gelaran, dan tanggungjawab sosial, Amani dan Hamid memilih untuk saling mencintai dalam diam, menulis doa dalam puisi, dan menyimpan rindu dalam ruang-ruang yang tidak pernah dijenguk oleh siapa pun. Mereka bertemu, berpisah, dan bertemu lagi - hanya untuk menyedari bahawa takdir kadangkala hadir sebagai jendela: nampak dunia yang indah di luar, tapi tetap tak dapat disentuh. "Dibalik Jendela Takdir" adalah kisah tentang cinta yang terlalu agung untuk dikompromi, dan tentang manusia-manusia yang terpaksa berundur bukan kerana tidak cukup berani, tetapi kerana mereka terlalu menghormati semuanya kecuali diri mereka sendiri. Ini bukan cerita bahagia. Ini kisah tentang dua insan yang belajar melepaskan, demi adat, demi Tuhan, dan akhirnya demi reda terhadap cinta yang tak pernah menjadi nyata. Amani Thaqifa x Hamid Rayyan Lagu yang dicadangkan untuk didengar ketika membaca: Hamid Rayyan POV: Noah- Separuh Aku Amani Thaqifa POV: Melly Goeslow - Bimbang

More details
WpActionLinkContent Guidelines