Zana Xaviera, seorang gadis berusia 15 tahun, selalu muncul dalam balutan gaun putih, seperti bayangan samar antara realiti dan ilusi. Dia hadir di antara manusia yang hilang arah, yang tersesat dalam kehidupan—menolong mereka, mendengar keluhan mereka, memberi mereka harapan. Namun, apakah pertolongan itu benar-benar penyelamat… atau sebenarnya satu perangkap yang tidak disedari? Bayangkan seorang gadis berdiri di tengah kegelapan, di sekelilingnya tangan-tangan terjulur—merayu, meminta, memohon sesuatu, entah kebaikan atau kejahatan. Wajah-wajah yang hancur oleh ketamakan dan kesedihan, manusia yang tidak pernah puas, manusia yang jatuh ke dalam kekejaman dunia. Dan di belakangnya… seekor ular raksasa melingkar, menunggu. Matanya tajam, tubuhnya bergetar dalam kesabaran yang beracun. Gadis itu hanya perlu mengulurkan tangannya, hanya perlu menggenggam satu dari berjuta permintaan. Saat itu terjadi— SRAKK! Ular itu akan menerkam. Kerana dunia ini bukan tentang baik dan jahat. Kerana dunia ini bukan tentang siapa yang diselamatkan—tetapi siapa yang akan dimangsa.All Rights Reserved
1 part