Young Genius (Bahasa Melayu)

Young Genius (Bahasa Melayu)

  • WpView
    Reads 164
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Jun 7, 2025
Dalam hutan yang sunyi, tersembunyi seorang pemuda luar biasa bernama Luqman. Pada usia 15 tahun, dia bukan sekadar remaja biasa,dia adalah seorang genius dengan IQ 500, seorang pemikir yang mampu melihat apa yang orang lain tidak dapat bayangkan. Namun, kehidupannya berubah apabila Sultan Rahman dari Kerajaan Mahligai mengundangnya ke istana setelah mendengar kisah kehebatannya. Tetapi, istana bukanlah tempat yang aman. Pengkhianatan bersembunyi di sebalik dinding megah, musuh bergerak dalam bayangan, dan takhta berada dalam bahaya. Tanpa disangka, Luqman kini menjadi satu-satunya harapan kerajaan. Bersama Putri Aina, puteri raja yang cantik, berani, dan memiliki kecerdasan yang luar biasa,mereka menyusup ke dalam kegelapan istana untuk membongkar rahsia terbesar dalam sejarah Mahligai. Namun, semakin dalam mereka menyiasat, semakin banyak nyawa yang terancam. Musuh bukan sahaja di dalam istana, tetapi juga dari kerajaan luar yang menunggu saat untuk menyerang. Dengan kepintaran, strategi, dan keberanian, Luqman harus berhadapan dengan permainan kuasa yang kejam. Siapakah yang akan menang dalam permainan minda dan tipu daya ini? Adakah seorang genius mampu mengalahkan mereka yang berpengalaman dalam muslihat dan politik? Atau adakah dia sendiri akan jatuh dalam perangkap yang tidak dapat dielakkan? "Di medan perang, pedang boleh membunuh. Tetapi dalam medan politik, satu langkah yang salah boleh menghancurkan sebuah empayar."
All Rights Reserved
#444
novel
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Fantasi Cinta Sufi'zz
  • Pada Malam Bintang Menghilang [Complete]
  • Kisah Dua Jiwa
  • TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™
  • [C] Cinta Kiriman Tuhan
  • Sera: The Angel with a Magnanimous Soul
  • Aliz
  • MR PRINCE'S PRISONER [complete]
  • TALE OF BROTHERHOOD : FIRST ARC™ (C)

Sufiana Qiara - Dikenali sebagai Qiara dan masih lagi belajar di sekolah menengah. Satu kehidupan yang sepi menyelubungi dirinya kerana menjalani hidup tanpa insan bernama sahabat walaupun seorang. Merupakan anak yatim piatu namun bahagia bersama adik tercinta di samping ibu dan bapa saudaranya. Sufiana Qiara meneruskan kehidupan sebagai pelajar di sekolah dengan ditemani oleh insan-insan yang sangat membencinya kerana satu alasan. Sufiana Qiara gadis berpurdah. Satu tragedi pahit telah berlaku yang telah menemukannya dengan seorang jejaka. Tragedi pahit itu telah bertukar menjadi satu tragedi paling manis buatnya. Kini, dia bukan lagi Qiara. Tetapi, Sufi.! I'zz Carl - Jejaka yang mencari erti hidup yang sebenar. Hidup tanpa tuhan bukan menjadi keinginannya. Sejarah hidup membuatkan dirinya sentiasa berjaga-jaga. Pertemuannya dengan Sufi yang tanpa diduga telah memberikan nur Islam kepadanya. Dia semakin dekat dengan tuhan. Akhirnya...selamat datang Muhammad I'zz Carl bin Abdullah. Di dunia asing itu, mereka telah mendapat satu kuasa ajaib yang tidak dapat diterima dek akal. Tetapi, ianya sebuah hakikat. Pengembaraan mereka bersama di dunia asing itu telah membibitkan bunga cinta antara mereka. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah yang berlaku terhadap mereka. Sufi dan I'zz - Terpaksa berpisah tanpa rela kerana keadaan tidak mengizinkan mereka untuk terus bersama. Kasih dan sayang, rindu dan dendam, musuh dan sahabat saling berhimpit membuahkan satu kisah yang mustahil. Ianya sekadar fantasi dan hanya sebuah mimpi. Namun, benarkah? Masih tinggal satu persoalan. Dapatkah Sufi dan I'zz kembali bertemu setelah berpisah dalam dua dunia yang berbeza? Segalanya akan terungkap dalam Fantasi Cinta Sufi'zz.

More details
WpActionLinkContent Guidelines