Story cover for SU || SI TOPENG GILA 𝜗𝜚 by AKA4QILA
SU || SI TOPENG GILA 𝜗𝜚
  • WpView
    Reads 603
  • WpVote
    Votes 95
  • WpPart
    Parts 21
  • WpView
    Reads 603
  • WpVote
    Votes 95
  • WpPart
    Parts 21
Ongoing, First published Feb 21
WARNING!! 
- TERDAPAT BEBERAPA ADEGAN GANAS YANG MENGGUNAKAN SENJATA API DAN TAJAM  
- TERDAPAT BAHASA YANG KASAR DAN TIDAK PATUT DIGUNAKAN 
- TERDAPAT ADEGAN YANG MENGGUNAKAN BARANG-BARANG YANG TIDAK PATUT DIGUNAKAN 


SINOPSIS - 

Nashwa Vincent, seorang gadis biasa dengan kehidupan sederhana, mula dihantui oleh kehadiran seorang lelaki misteri yang selalu memakai topeng. Setiap kali dia keluar rumah, lelaki itu ada-mengikutinya dari jauh, memerhatikannya di tempat kerja, bahkan meninggalkan nota di rumahnya tanpa jejak bagaimana dia masuk.

Ketakutan berubah menjadi paranoia. Tiada siapa percaya kata-katanya, malah rakannya sendiri menganggap dia hanya berhalusinasi. Namun, semuanya berubah apabila Nashwa menemui sesuatu yang mengejutkan-gambar-gambarnya sejak kecil tersusun rapi di dalam sebuah bilik rahsia... di rumahnya sendiri.

"Kau lari dari aku waktu aku paling perlukan kau. Bila aku gelap, kau padamkan lampu terakhir. Sekarang aku gelapkan hidup kau, agar kau tahu... rasa jadi tak dipilih." - Topeng Gila 

Siapa lelaki bertopeng itu? Bagaimana dia tahu segalanya tentang Nashwa? Dan yang paling penting, adakah dia sebenarnya seorang yang asing... atau seseowgfddddrrweuurang yang lebih dekat dari sangkaannya?

"Gavriel, jadikan kita bahan ujikaji. Dia rosakkan kita. Tapi kau... kau terus hidup dalam sisi gelap tu. Aku lawan." - Topeng Gila 

Kebenaran itu lebih menakutkan daripada mimpi ngeri. Dan apabila topeng itu akhirnya dibuka, Nashwa sedar... dia mungkin tidak akan selamat.

"Kadang-kadang, gila itu bukan satu pilihan. Ia diwarisi." - Topeng Gila 

START : 23 April 2025 
END : -
All Rights Reserved
Sign up to add SU || SI TOPENG GILA 𝜗𝜚 to your library and receive updates
or
#112criminal
Content Guidelines
You may also like
ILUSI CINTA by MurabbiCinta
25 parts Ongoing Mature
Mana lengkapnya seorang insan tanpa coretan pahit manis selok belok jalan cerita kehidupan. Namun sosok kecil si molek Alyssa Aqilah cuba menyangkal yang hidupnya penuh dengan bahana seksaan dan kekejaman dunia. Hidup hanya untuk mati kerana baginya walaupun nyawa masih dikandung badan, hati dan jiwanya telah lama mati dek pedihnya hukuman dunia. Mencuba untuk lari namun dunia terlalu besar untuk dirinya yang kerdil, mencuba untuk menjauh namun takdir menariknya rapat dengan realiti kenyataan yang tak jemuh menghempapnya dengan sejuta rasa sakit yang tak tertanggung. Namun, Tuhan itu mendengar keluhan hambanya,Tuhan itu melihat sengsara yang dilaluinya. "Aku penat. Cukuplah setakat ini aku cuba bertahan, aku muak dengan dunia yang tak pernah menyebelahiku tapi berpihak kepada dia yang seakan iblis. Aku benci semua orang dan aku benci diriku sendiri" -Alyssa Aqilah- "Allahuakbar. Apa yang cik cuba lakukan? Cik tahu kan perbuatan yang cik lakukan ni takkan diterima oleh Allah? Cik, ini bukan cara lari dari masalah yang cik hadapi. Bukan ini yang agama ajarkan, bukan yang Allah perintahkan dan bukan seperti yang Rasul sampaikan. Saya bukan malaikat, namun insan yang cuba mencintai insan lainnya." -Danish Aqil- Personaliti insan itu bukan sekadar pada genetik yang sedia ada namun perubahan alam yang cuba menariknya ke dalam dunia yang lebih membentuk akal, jiwa dan hatinya menjadi bentuk-bentuk tertentu. Apa yang terjadi? Ada apa dengan personaliti? Adakah semua sekadar ilusi? atau juga fantasi?
BAYANG RAHSIA [C] by ReyaTiffany
55 parts Complete Mature
" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah." Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas dimana dia hampir menemui ajal. Hanya dalam satu hari, Edrea hilang segalanya. Muhammad Caled Qyser, seorang lelaki yang berbudi bahasa, namun terselit kedinginan di dalam dirinya. Dia langsung tidak mengenali erti cinta. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis polos yang secara tidak sengaja masuk ke dalam hidupnya. Atas rasa bertanggungjawab, mahligai mula terbina diantara mereka. " Cinta boleh dipupuk. Sedangkan cinta selepas kahwin lebih indah berbanding sebaliknya. 'Cinta monyet' itu hanya sekadar hasutan syaitan untuk menyesatkan manusia ke arah kemaksiatan." -Muhammad Caled Qyser- Cinta mulai berputik diantara mereka. Semakin lama, mereka menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri yang lain. Kejujuran dan kepercayaan tersangatlah penting dalam sesuatu hubungan. Dan apabila kepercayaan itu roboh saat rahsia yang disimpan kian terbongkar, ianya mampu meretakkan hubungan mereka. " I don't believe this!" Mampukah hubungan yang hampir retak ini dibaiki? Dan mampukah mereka mengecapi kebahagian yang pernah mereka rasai? Atau ianya harus dikorbankan demi satu kebenaran? ⚠️ - hanya rekaan semata-mata - abaikan segala typo STARTED : 03 AUGUST 24 FINISHED : 03 NOVEMBER 24
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
92 parts Complete
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
THE SKY LABYRINTH by ReyaTiffany
11 parts Ongoing Mature
"SIAPA LELAKI TU?" Kemunculan si jejaka yang secara tiba-tiba itu meninggalkan seribu persoalan yang tidak terjawab. Bagaimana fail yang 'hilang' boleh kembali kepada Wafa? "Ada orang suruh bagi pada kau." - KASTURI "Macam mana dia boleh tahu dekat mana aku bekerja?" - WAFA Ia tidak berakhir di situ. Setelah Encik Mahmood berhenti berkhidmat dan Julia yang dikhabarkan hilang tanpa jejak, kini mempertemukan Wafa kepada Tuan Hazril, CEO baru syarikat itu. "Memandangkan saya dah tak ada PA, jadi saya lantik awak untuk jadi PA saya." - HAZRIL Sejak saat itu, hidup Wafa drastik berubah. Setiap pergerakannya bagai sentiasa diperhatikan, sama ada di pejabat, atau dimana-mana saja dia berada. "Dah lama aku perhatikan kau, Wafa. Kau saja yang tak sedar. Malah, aku akan sentiasa ada dengan kau. Tapi tulah, kenapa kau lari dari aku tadi?" Gila! "Mungkin dia obses pada kau?" - KASTURI "Jangan nak merepeklah!" - WAFA Perasaannya mula bercampur baur, manusia di sekelilingnya terasa aneh, membuatkan mindanya laju saja memikirkan perkara yang bukan-bukan. "Abang mana pernah busy. Kerja pun ikut orang je." - PURNAMA "Tak salah pun aku ambil berat sebagai seorang jiran," - FAJAR "Tak sangka kita boleh terserempak dekat sini," - WAZEER Ketakutan yang cuba menyelusup masuk ke dalam liang-liang romanya sedaya upaya dijauhkan. Bertanggapan bahawa itu hanya sekadar kebetulan yang tidak disengajakan. Husnuzon! "Aku suka tengok bibir kau tersenyum. Lagi-lagi bila kau senyum pada aku. Tapi jangan buat macam tu dekat lelaki lain pula. Aku cemburu," Disaat dia memilih untuk kekal berfikiran positif, tidak habis-habis hasutan demi hasutan menjengah ke mindanya. Seolah-olah Sky terasa sangat dekat dengannya tanpa dia ketahui identiti sebenar lelaki itu. Atau... Sky menggunakan identiti lain apabila berada disekelilingnya? "Aku dan Labirin tak akan pernah berpisah. Melainkan..." "....konsepnya ditukar." HANYA REKAAN. Tidak berkait dgn DUNIA NYATA. Started : 18/3/25
You may also like
Slide 1 of 7
[OG]  Alaskandila cover
ILUSI CINTA cover
BAYANG RAHSIA [C] cover
THE RULES: BRAYAN [Complete] cover
THE SKY LABYRINTH cover
PSYCHOPATH GAME cover
ACID'S cover

[OG] Alaskandila

9 parts Ongoing

Ribuan batu jauhnya dari pelusuk dunia terletaknya sebuah tempat yang tidak diketahui oleh kita. Kalian pernah tak bayangkan kewujudan makhluk lagenda yang sering diperkatakan. Apa yang aku cuba sampaikan ialah makhluk lagenda yang selalu kita dengar diwaktu kecil yang selalu diceritakan sebelum tidur. Mungkin mereka wujud... Benarkah duyung itu cantik atau hanya tipu semata? Nyalaan marak hembusan naga dan unicorn-unicorn yang nakal bermain... Wujudkah semua itu? "Psht... Biar aku bawa kau kesana... Cuma jangan bagitahu sesiapa, okey?" (Pembaca merenung muka juru pandu) "Ye... Ye... Khidmat percuma" (Pembaca terus mengangguk teruja) "Dimensi ni sama macam dunia kita cuma pelik sikit... Sedikit rasanya" (Juru pandu menunjukkan jarinya pada permandangan yang terbentang) "Woi! Kau nak pergi mana tu" (Pembaca mengikuti laluan yang bertentangan kemudian tinggalkan juru pandu sendirian) --------------------------------------------- Jessica; "Cahaya dan kegelapan... Dapatkah mereka bersama? Saya harap begitu" Delisha; "Saya suka semua bait ucapan yang awak utarakan... walaupun hampir semuanya ialah dusta" Dapatkah Alaskandila kembali harmoni seperti sediakala...