.
.
.
.
.
.
Sinopsis:
Zafran Al-Qin, seorang CEO berjaya, hidup dengan prinsip "cinta itu hanya membinasakan." Setelah dikhianati oleh isterinya sendiri, dia memilih untuk menutup hati dan hanya fokus pada anaknya, Safwan Al-Isyraf. Baginya, dunia hanya ada dua perkara penting-kerja dan anaknya.
Namun, semuanya berubah apabila Safwan melarikan diri dari tadika dan bertemu seorang gadis berusia 20 tahun, Husna Eryn, di taman. Husna, seorang pelajar universiti seni yang kasar perwatakan tetapi punya aura lembut, tanpa sedar menjadi orang yang mula merobohkan dinding dingin Zafran.
Zafran, yang selama ini menolak kehadiran orang baru dalam hidupnya, terpaksa mengambil Husna sebagai babysitter untuk Safwan. Hari demi hari, kehadiran Husna membawa cahaya dalam dunia yang sudah lama kelam bagi mereka berdua-tetapi tidak semua cerita cinta semudah itu.
Ketika hati Zafran mula terbuka, bayangan masa lalu kembali menghantui. Bekas isterinya muncul semula, membawa kekacauan dalam hidupnya. Antara dendam, luka lama, dan perasaan yang semakin mendalam terhadap Husna, mampukah Zafran melepaskan 'nafas yang tertunda' dan membiarkan dirinya jatuh cinta sekali lagi?
.
.
.
.
.
.
.
.
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila
Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya.
"Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya-
"Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih-
"Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya-
"Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih-
Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.