Pemilik Hati Dia

Pemilik Hati Dia

  • WpView
    LECTURAS 73
  • WpVote
    Votos 10
  • WpPart
    Partes 4
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación mié, nov 12, 2025
Yusuf, seorang lelaki introvert yang kehilangan kasih sayang, bertemu dengan Zulaikha, gadis polos yang disisihkan kerana darjat. 'Abang, boleh kita nak kawan dengan abang?' - Zulaikha. 'Siapa abang kau hah? Siapa nak kawan dengan budak busuk dan hodoh macam kau ni? - Yusuf. 'Yusuf, kalau jadi apa-apa dekat Nek Jah, boleh Yusuf tolong tengok-tengokkan Jue?' - Nek Jah. Antara benci dan simpati, lahirlah sebuah janji untuk melindungi Zulaikha. Namun belum sempat Yusuf memaknakan janjinya, takdir telah memisahkan mereka. Yusuf kehilangan Zulaikha dalam satu tragedi. Sementara itu, Shafie kembali ke tanah air setelah lelah mencari penawar duka di negara orang. Demi menebus kekhilafan diri, dia menerima aturan jodoh dari orang tuanya. Sedang hati cuba mengikhlaskan diri, dia diuji pula dengan kehadiran seorang wanita bernama Safa. Safa, wanita tabah yang sedia berjuang untuk anak kembarnya. Mengenali Safa, Shafie akui dia temui makna bahagia dan selesa bersama. Seolah-olah luka lama sedang menyembuh. Namun mampukah Shafie menidakkan jodoh kiriman orang tuanya setelah dia menabur janji? Dan Yusuf, adakah dia masih berpeluang bertemu dengan Zulaikha setelah segalanya tersingkap? Atau kisah Yusuf-Zulaikha akan kekal dongeng? Empat jiwa terluka, dua perjalanan kisah berbeza, bertemu dalam satu cerita tentang jalinan kasih, kehilangan dan penyembuhan.
Todos los derechos reservados
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Permission to Fall, Prof!
  • Racing King
  • HELLO QASWAR
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Takdir terakhir kita [C]

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido