SINOPSIS: IMAM UNTUK SAMIRA Imam Al Taufiq, seorang imam muda yang baru sahaja memulakan tugasnya di sebuah kampung kecil, tidak pernah menyangka bahawa takdir akan membawanya menemui sesuatu yang mengubah hidupnya. Suatu petang yang sunyi, ketika cuaca sedang tenang, Imam Taufiq berjalan menuju masjid setelah selesai mengimami solat Asar. Tiba-tiba, deruan tangisan bayi yang lembut menyentuh telinganya. Pelik, dia mengikuti suara tangisan itu dan menemui sebuah kejadian yang tidak terjangka. Di bawah naungan pokok rendang yang melindungi seluruh kawasan itu, terbaring seorang bayi perempuan yang kecil, menangis dalam keadaan kesepian dan ketakutan. Tiada sesiapa di sekelilingnya. Tanpa berfikir panjang, Imam Al Taufiq mendekati bayi itu dan mengangkatnya. Hati kecilnya berdetik. Siapa yang meninggalkan seorang bayi di tempat yang begitu sunyi dan terasing? Dan mengapa bayi ini dibuang begitu sahaja? "Adik jangan risau, abang akan jaga adik sampai besar," kata Imam Al Taufiq dengan suara lembut dan penuh keyakinan. "Abang akan pastikan tiada bahaya yang datang kepada adik. Abang janji, adek tak akan pernah rasa kesepian. Semua yang abang buat untuk adik, adik adalah kebahagiaan abang". - Imam Al Taufiq "Samira Al Taufiq," ucapnya perlahan sambil menatap wajah bayi itu. "Nama ini abang pilih untuk adek. "Samira", yang akan membawa sinar kebahagiaan dan harapan kerana abang akan menjadi penjaga dan pelindung bagi adek sepanjang hidup abang".- Imam Al TaufiqAll Rights Reserved
1 part