LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA

LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA

  • WpView
    Lecturas 125,673
  • WpVote
    Votos 3,742
  • WpPart
    Partes 60
WpMetadataReadConcluida mar, abr 22, 2025
WpInfo
Ficción
Romance
Zareef Ilham, anak kedua dalam keluarga Tan Sri Yusof, ditemui mati di apartmennya dalam keadaan mencurigakan. Mayatnya dikelilingi petunjuk-petunjuk yang membingungkan, tetapi hanya satu nama yang tertulis di atas kertas dalam biliknya, Laila Hagia. Hagia, tunangan Ilham terkejut apabila dituduh sebagai suspek utama dalam kematian lelaki itu. Lebih parah, Nael Hayyan, abang Ilham yang selama ini menetap di London pulang ke Malaysia dengan dendam yang membara. Baginya, Hagia adalah penyebab kematian adiknya. Dia berikrar untuk menjatuhkan hukuman kepada perempuan itu dengan caranya sendiri. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Mereka terpaksa berkahwin, dan itu memberi peluang kepada Nael untuk menyeksa Hagia tanpa belas kasihan. Tetapi semakin lama Nael hidup bersama Hagia, semakin dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perlahan-lahan, dia mula menyedari ada kejanggalan dalam bukti-bukti yang membuatkan Hagia kelihatan bersalah. Saat dia menyiasat lebih dalam, Nael mula sedar bahawa dia telah menjadi alat bagi seseorang yang lebih licik, seseorang yang telah lama merancang kehancuran mereka semua. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Ilham bukan mati kerana Hagia, tetapi kerana sebuah dendam lama yang ditanam dalam diam. Di saat Nael menemui kebenaran dan menyedari kesalahannya. Setelah sekian lama Nael membalas dendam kepada Hagia, kini dia ingin menjadikannya sebagai satu-satunya wanita dalam hidupnya. Namun, adakah cinta masih ada untuk Nael, atau segalanya sudah terlalu terlambat? Antara Dendam dan Cinta, manakah pengakhirannya?
Todos los derechos reservados
#113
menyesal
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • JANJI YANG TERSIMPAN
  • Derita Ciptaan Dia
  • Thriller : Encik Papa
  • Hana
  • SUAMIKU CIKGUKU
  • BIDADARI SYURGA MR TENGKU🌹(COMPLETED)
  • Mentua Aku Sporting
  • Cinta di Bawah Naungan Ilahi

Kesya dan Haqiem, dua sahabat sejak kecil, melalui pelbagai rintangan dalam kehidupan mereka. Haqiem, seorang lelaki yang berasal dari keluarga kaya tetapi mengalami broken home, sentiasa berada di sisi Kesya, seorang gadis sederhana yang mendapat biasiswa untuk belajar di sekolah elit. Namun, hubungan mereka tidak pernah mudah. Kesya yang pernah dikhianati oleh bekas kekasihnya, Daniel, sukar untuk mempercayai cinta sekali lagi. Haqiem pula menyimpan perasaan terhadap Kesya sejak lama tetapi memilih untuk memahami dan melindunginya tanpa mendesak. Konflik bertambah rumit apabila Daniel kembali dalam hidup Kesya, cuba memenangi hatinya semula, tanpa dia sedar bahawa semua itu hanyalah sebuah perangkap. Dalam satu kejadian yang mengejutkan, Haqiem "dibunuh" secara misteri, meninggalkan Kesya dalam kesedihan yang mendalam. Namun, kebenaran mula terbongkar apabila Kesya menerima mesej daripada Haqiem yang sebenarnya masih hidup dan merancang sesuatu untuk menjatuhkan Daniel. Dengan bantuan rakan-rakan mereka-Zareef, Qis, dan Ica-mereka membalas dendam dengan cara yang penuh strategi dan kejutan. Di sebalik segala kekecewaan dan kesedihan, akhirnya keadilan berpihak kepada mereka. Haqiem dan Kesya menemui kebahagiaan yang selama ini mereka cari, dan hubungan mereka berkembang dari sekadar sahabat kepada sesuatu yang lebih mendalam. Di penghujung perjalanan sekolah mereka, bukan sahaja Kesya dan Haqiem yang bersatu, tetapi juga Zareef dan Qis yang akhirnya menjadi pasangan. "Janji yang Tersimpan" bukan sekadar kisah cinta biasa-ia tentang kesetiaan, pengorbanan, dan bagaimana takdir akan sentiasa menemukan mereka yang benar-benar ditakdirkan untuk bersama.

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido