Sembilan tahun selepas zaman sekolah, sekumpulan rakan lama berkumpul semula untuk sebuah reunion yang sepatutnya menjadi pertemuan penuh nostalgia. Namun, apabila sekeping gambar lama dipamerkan-gambar mereka bersama seorang pelajar yang telah lama tiada-reaksi mereka bercampur-baur. Ada yang ketawa sinis, ada yang berpaling dengan rasa bersalah, dan ada yang langsung tidak peduli.
Kini, sembilan tahun selepas tragedi itu, dendam mula berakar. Melalui ilmu hitam yang halus dan merayap perlahan, mereka dihantui dengan bisikan dari masa lalu-bayangan yang merenung dari cermin, bisikan yang berdesir dalam kegelapan, tubuh yang semakin lemah tanpa sebab.
Satu persatu mereka dihukum,ingatan yang terpecah-pecah mula menghantuinya, mengheretnya ke jurang kegilaan. Dalam kegelapan, soalan itu terus berbisik-Siapa yang sebenarnya bersalah? Dan siapa yang sedang membalas dendam?
Masa lalu tidak pernah mati. Ia hanya menunggu saatnya untuk kembali. Dan kali ini, ia tidak akan dilupakan.
This takes place back before the Hour of Joy, Where Little Y/N (child) Makes friend with CatNap but somthing dosnt feel right? What is happening in this "factory" or is someone in control..?