Dalam kegelapan malam, sebuah hospital mental yang terpencil di hujung bandar terus berdiri kukuh..Hospital Bahagia. Di dalamnya, terdapat satu wad yang tidak disebut oleh sesiapa... Wad 13.
Ia bukan sekadar wad biasa. Ia dikatakan tempat pesakit yang 'tidak boleh disembuhkan'. Tiada rekod rasmi, tiada nama pesakit, dan anehnya, doktor serta jururawat yang ditugaskan di sana selalu hilang atau menjadi pesakit sendiri.
Namun, bagi Dr. Amir, seorang psikiatri muda yang baru ditempatkan di situ, semuanya hanyalah mitos. Dia tidak percaya dengan kisah-kisah pelik yang diceritakan oleh staf hospital lain. Sehinggalah dia melangkah masuk ke dalam Wad 13, dan malam pertamanya berubah menjadi mimpi ngeri yang hidup.
❝Welcome to El Castillo, milady.❞
Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adalah ketika dia dibawa ke El Castillo. Dikhabarkan tukang ramal istana yang dia satu-satunya gadis yang sesuai untuk berkahwin dengan Crown Lord Ochumadora membuatkan dia tertanya-tanya. Siapa dia sebenarnya?
❝Kenapa kau khianat?❞
Satu demi satu ujian dia hadapi selepas bergelar seorang isteri dan maharani. Namun, dia alpa kerana cinta. Hakikatnya, dia hanyalah boneka dalam permainan takdir.
❝Kalau Tuanku nak selamat, Tuanku kena ikut patik. Cepat!❞
Masa itu tiba. Kebenaran di sebalik penipuan yang tidak dia sangkakan terungkai. Semua persoalannya selama ini terjawab dengan sebuah pengakuan yang menyayat hati.
❝Jangan lupa sampaikan salam sayang dari adindanya ketika kamu bertemu nanti.❞
Mampukah dia mengubah takdir hidup yang diatur untuknya?