Embun Nadra memerlukan duit untuk membiayai pembedahan jantung emaknya. Dengan keadaan terdesak, dia menerima satu kerja gila. Janji emaknya dapat diselamatkan, sementelah dia tiada sesiapa lagi di dunia ini. Menjadi isteri sementara buat seorang 'Tengku' itu sahaja jalan yang dia nampak. Bayarannya cukup lumayan. Dia hanya dikehendaki berkahwin dengan Tengku tersebut dan melahirkan anak untuk Tengku dan isterinya. Apa yang dia tahu, Isteri Tengku itu tak dapat melahirkan anak. Tanpa memikirkan sebarang risiko, Embun bersetuju. Petiklah perihal dosa sekalipun, dia nekad. Dia hanya mahu emaknya selamat. Titik. Namun setelah menjadi isteri kedua Tengku Nazim, perlahan-lahan rasa sayang itu timbul. Sebulan lelaki itu tidak menjenguk, dia tidak keruan. "Sebaik anak itu lahir kau akan diceraikan, Embun. Jadi buang jauh-jauh perasaan kau pada suami aku." Emma. Ya itulah perjanjiannya. Dia akan dilepaskan sebaik anak itu lahir. Antara mereka tiada apa-apa lagi. Tengku Nazim akan hidup bahagia bersama anaknya dan Emma. Dia? Dia akan sendirian tanpa anak mahupun suami.All Rights Reserved
1 part