Karna Luka, Kita Bertemu

Karna Luka, Kita Bertemu

  • WpView
    Reads 79
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 6
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Apr 8, 2025
Mira, seorang ibu tunggal, hidup dalam bayangan luka silam. Perceraian yang pahit membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap cinta. Baginya, kebahagiaan hanya untuk Nur Aira Safeera, anak yang menjadi satu-satunya alasan dia terus kuat. Dia tak perlukan sesiapa lagi. Namun, kehadiran Khai, pekerja baru di pejabatnya, mula mengubah segalanya. Berbeza dari lelaki lain, Khai tidak cuba meraih hatinya dengan kata-kata manis. Sebaliknya, dia memahami-tanpa dipinta, tanpa mendesak. Di sebalik senyuman tenangnya, Khai juga menyimpan luka yang sama, kehilangan insan yang paling dia sayang. Dua hati yang luka, dua jiwa yang mencari makna bahagia. Dalam pertemuan yang tidak disangka, mereka saling membantu untuk pulih. Tetapi, mampukah mereka benar-benar membuka hati untuk peluang kedua, atau adakah masa lalu akan terus menjadi penghalang?
All Rights Reserved
#26
familyproblems
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permata Yang Dinanti
  • Untuk mencintaimu
  • Berikan Aku Peluang Kedua Sayang...
  • TUMPANG - Sebuah cerita seram PKP
  • Suratan Takdir Untukku
  • My White Knight
  • Memoir Si Hati Kering
  • 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
  • Cinta Kita
  • Delila: Hati Dalam Sangkar Emas

"kahwin dgn pilihan mummy". baru 3 bulan usia perkahwinan mereka, Firas Farhan tega meninggalkan isterinya demi mengejar cita-cita dan impian untuk menyambung pelajaran ke Amsterdam. "Saya kena pergi juga... Saya harap awak tak halang impian saya". Mawar Lutfiah menanti dgn penuh kesabaran dan kerinduan terhadap si suami. walaupun mereka baru berkenalan namun hatinya sudah terpaut dgn kelembutan lelaki itu melayannya selama 3 bulan mereka bernikah. "Saya rindu awak Firas... Yayang ni pun rindu babah dia". Bulan pertama dan kedua Semuanya okey, mereka berwhatsapp, video call seperti orang yang sedang bercinta jarak jauh. namun masuk bulan ke tiga dan seterusnya Firas Farhan seperti menghilang. "Anak kita sudah lahir abang... Ibu, ayah, mummy, daddy pun tak tahu abang di mana" setahun, tiada khabar berita dari si suami. kemana dia menghilang. hati mawar Lutfiah di sapa kerisauan. Pelbagai prasangka buruk yang dia dpt di tepis pergi. "kau yakin ke dia masih ingatkan kau? Entah-entah dia dah ada yang lain... Itu yang dah setahun tak balik". dgn semangat yang dikumpul dia gagahkan diri pergi ke Amsterdam utk mencari Firas Farhan. Walaupun Taufik melarang. "Dia suami aku afik... kau jgn cuba masuk campur urusan aku". namun, usahanya sia-sia. segala pengorbanan dan penantiannya tidak berguna. hanya dia yang berharap dan terus merindui lelaki itu sedangkan suaminya, Firas Farhan sudah bahagia. "Kenapa awak tak beritahu saya... Saya tunggu awak... Lily tunggu awak". mawar Lutfiah mengundur diri. membawa hati yang terluka beserta bukti cintanya kepada si suami dgn kekuatan yang masih tersisa. hidup perlu diteruskan. dia perlu kuat demi anaknya. "Maaf... Saya takmampu bahagiakan isteri saya". apakah pengakhiran cerita mereka. Adakah Firas Farhan akan kembali kepadanya atau perpisahan yang bakal mereka hadapi Vote and comment Tq readers Maybe cerita ni xlogik sikit... Abaikan kesalahan ejaan dan tatabahasa... Harap enjoy

More details
WpActionLinkContent Guidelines