Story cover for TRIGGER LOVE (EBOOK) by aainstellaa
TRIGGER LOVE (EBOOK)
  • WpView
    LETTURE 2,412
  • WpVote
    Voti 64
  • WpPart
    Parti 8
  • WpView
    LETTURE 2,412
  • WpVote
    Voti 64
  • WpPart
    Parti 8
Completa, pubblicata il mar 05, 2025
TRIGGER LOVE (EBOOK)

Mereka ditugaskan untuk menyamar sebagai pasangan suami isteri bagi mendekati ketua sindiket penyeludupan manusia yang berselindung di sebalik dunia perniagaan eksklusif. Masalahnya? Mereka langsung tak sebulu. Rayyan menganggap Nayla sebagai seorang saintis yang lebih sesuai berada di makmal berbanding di lapangan, manakala Nayla pula melihat Rayyan sebagai lelaki yang fikir semua masalah boleh selesai dengan kekerasan.
Dalam misi yang semakin rumit, bukan saja nyawa menjadi taruhan, tetapi juga masa silam yang menghantui Rayyan. Mampukah dia menyelamatkan Nayla tepat pada waktunya? Dan adakah perasaan yang mereka bina dalam penyamaran ini cukup kuat untuk bertahan?

Genre❤️‍🔥:Action romance. Spy. Enemies to lovers. Fake marriage.
📖 : 20 bab+epilog
💸: RM 7 sahaja

📩 Nak beli? Sila ke IG @ainstellawrites._ untuk maklumat lanjut.
Tutti i diritti riservati
Iscriviti per aggiungere TRIGGER LOVE (EBOOK) alla tua Biblioteca e ricevere tutti gli aggiornamenti
oppure
Linee guida sui contenuti
Potrebbe anche piacerti
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) di Angel_k20
18 parti Completa
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
Boneka Dalam Salju: Rahsia Kapten Edevane  di jihoonsflowers
50 parti Completa
Dalam bayang-bayang peperangan yang tak pernah berakhir, seorang askar bernama Kapten Hareez Edevane membawa luka yang tidak berdarah - kehilangan isteri tercinta, Adrienne Valentina, dalam tragedi yang masih menyeksa mimpi malamnya. Lima tahun telah berlalu, namun wajah Adrienne tetap hidup dalam setiap hembusan nafasnya. Hareez bukan sembarangan tentera. Beliau adalah pemimpin skuad elit negara yang digeruni, dihormati kerana ketegasan dan keupayaannya membaca bahaya sebelum ia muncul. Di sisinya, berdiri enam lelaki setia - Naufal, Zahrin, Syawal, Syafiq, Fakhri, dan Ashraf - masing-masing membawa peranan, kekuatan, dan kisah tersendiri. Namun, segala-galanya berubah apabila satu misi luar jangka mengheret mereka ke sebuah kilang rahsia... tempat yang tidak pernah wujud di peta. Di sana, mereka menemui eksperimen kejam: jiwa kanak-kanak dipindahkan ke dalam tubuh boneka mekanikal, dicipta bukan untuk bermain - tetapi untuk menghidupkan semula ketakutan. Dan di antara eksperimen yang tersimpan, berdirilah sosok yang tak sepatutnya masih hidup. Adrienne. Dia tidak mati. Dia dijadikan bahan ujikaji. Dan kini, hidupnya tergantung antara mesin dan manusia. Misi mereka jelas: selamatkan kanak-kanak, tamatkan projek neraka itu, dan jika perlu - bunuh sesiapa yang menghalang. Namun tiada siapa tahu... Adrienne bukan sekadar sasaran. Dia adalah isteri kapten mereka. Dan di medan ini, rahsia bukan sekadar risiko - ia boleh jadi hukuman. Dengan ancaman boneka hidup, saintis gila, dan masa yang semakin menghimpit, Hareez terpaksa memilih: patuh pada perintah, atau ikut suara hati yang masih menyebut nama Adrienne. Sementara itu, dua remaja - Leviathan dan Navier Edevane, anak kepada Kapten Hareez, menjalani hidup sebagai pelajar IKM, tanpa sedar bahawa dunia mereka sedang runtuh perlahan-lahan... dan ibu mereka masih hidup.
Potrebbe anche piacerti
Slide 1 of 7
Bidadari Arjuna | Ebook cover
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) cover
Boneka Dalam Salju: Rahsia Kapten Edevane  cover
Nia Ariasha [C] cover
SUAMIKU JIRAN SEBELAH cover
CINTA DALAM CENGKAMAN cover
Di Hati Megat Rayyan  cover

Bidadari Arjuna | Ebook

13 parti Completa

Tengku Aryan...seorang lelaki tampan yang agak menggoda. Begitulah perumpamaan bagi Tengku Aryan dalam hidup Nayra. Dirinya yang sentiasa menjadi dambaan wanita membuatkan dia tidak pernah tertarik kepada perempuan seperti Nayra. Namun lama kelamaan perasaan itu berubah setelah Nayra pergi jauh dari hidupnya. Nayra Arluna...seorang gadis biasa yang cantik dan menawan namun terlalu naif. Sehinggalah terjadinya satu hari....telah membuka matanya untuk tidak mudah mempercayai cinta lagi. Hanya disebabkan Tengku Aryan, hatinya sudah menjadi beku untuk membuka hatinya kepada mana-mana lelaki lagi dalam hidupnya. Namun siapa sangka setelah empat tahun berlalu, takdir mempertemukan mereka berdua dalam situasi yang tidak disangka-sangka. Menjadi personal assistant kepada Tengku Aryan bukanlah sesuatu yang diharapkannya. Namun disebabkan keadaan yang mendesak, Nayra menerima juga tawaran tersebut. "Jangan sesekali bermimpi yang saya akan terima awak dalam hidup saya. Hubungan kita sekadar majikan dan pekerja. Tak lebih dari tu." - Nayra Arluna "Nayra...you got to be careful now. Because you are going to fall in love with me again, my Luna." - Tengku Aryan