Aisya Iryana, seorang pelajar pondok Al-Mmar yang baru sahaja menamatkan pengajiannya. Berusia 20 tahun, dia memiliki peribadi yang pendiam dan wajah yang jelita, namun kejelitaannya tersembunyi di sebalik purdah yang sentiasa menutupi dirinya. Hidupnya tenang, jauh dari hiruk-pikuk dunia luar, sehinggalah dia diuji dengan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya.
Ammar Eskandar, seorang lelaki berpengaruh yang bukan sahaja memiliki syarikat penerbangan sendiri, malah turut memiliki pondok Al-Mmar dan beberapa cabang perniagaan lain di serata tempat. Dia tegas, dominan, dan apabila mahukan sesuatu, dia akan pastikan dia mendapatkannya. Dan kali ini, dia mahukan Aisya.
"Aisya tak pernah ada hati dekat uncle, uncle pun dah ada anak dan isteri. Aisya taknak jadi isteri kedua uncle." - Aisya Iryana.
"Saya duda, dan no matter what, you have to be mine." - Ammar Eskandar.
Aisya terpaksa akur dengan takdir. Dia memilih untuk berkahwin dengan lelaki itu daripada menjadi anak derhaka kepada umi dan abahnya. Namun, mampukah perkahwinan yang dipaksakan ini membawa kebahagiaan buat mereka? Atau Aisya akan terus menjadi seorang tawanan dalam sangkar emas yang tidak pernah dia mahukan?