
Kekerasan mental dan fizikal adalah perkara yang sudah sebati dalam hidup Sabrina. Seorang gadis berusia 21 tahun yang bertarung dengan diri sendiri untuk terus hidup. Orang luar mungkin fikir bahawa dia beruntung kerana lahir dalam keluarga kaya raya dan berkemampuan. Status keluarganya yang dikenali dan dihormati ramai membuatkan ramai yang cemburu dengan kehidupan Sabrina. Namun, semua rahsia hanya tersimpan didalam rumah agam keluarga Ezlan. Setiap penderaan, setiap kekerasan disimpan ketat di dalam rumah itu. Tiada siapa yang berani membuka mulut mahupun melapor. Gaya hidup Sabrina membentuk karakter yang buruk pada diri Sabrina. Keras kepala? Sungguh, dia lebih dari itu. Namun, kehadiran seorang anak lelaki dari rakan bisnes ayahnya perlahan lahan mengubah hidup Sabrina. Sikap prihatin Hazriel membuatkan api yang didalam tubuh Sabrina perlahan lahan terpadam. Mana taknya? Sebelum ini, tiada siapa yang kisah. "Apa hal kau hiris tangan kau?!" -Hazriel Adriz. Kasih sayang yang perlahan lahan ditunjukkan oleh Hazriel melahirkan rasa cinta dalam diri Sabrina. Ya, dia jatuh cinta. Mampukah kisah cinta mereka berterusan? Mungkinkah keluarga Sabrina merestui? Dan jika mungkin, apakah cabaran yang harus mereka hadapi? (‼️⚠️MENGANDUNGI CARUTAN DAN KEKERASAN⚠️‼️) (P/s: Author mohon maaf jika terdapat kesalahan bahasa. Jika ada, mohon diperbetulkan.)All Rights Reserved
1 part