Ara Darlene tidak pernah meminta hati daripada Rayyan. Oleh itu, perkahwinan tanpa cinta itu dianggap perkara remeh oleh kedua-duanya. Sejak awal perkahwinan, dia hanya menjalankan tanggungjawab asas, tidak seperti isteri lain di luar sana. Dan suaminya, Rayyan Akhtar menganggap itu perkara biasa kerana hatinya digenggam erat oleh Ristina, si kekasih. Boleh disimpulkan, Ara hidup serumah dengan seorang suami yang berfungsi seperti orang luar dan Ara belajar satu perkara awal-awal: jangan berharap pada lelaki korporat itu.
Walau bagaimana cara sekalipun mereka menolak, hati tetap terpaut kemas antara satu sama lain. Lalu, bahagia datang menegur.
Namun, sebuah kemalangan memadamkan Rayyan yang lama dan melahirkan versi yang lebih berbahaya. Lelaki tanpa ingatan, tanpa empati. Ara disalahkan, dihukum, dan akhirnya diceraikan bersama satu kebenaran yang ditolak mentah-mentah, Ara mengandung. Ara merayu dan berterusan merayu untuk kembali bersama, tetapi tidak dipedulikan.
Hari yang sakit, Ara telan tanpa suara. Dia berhenti di situ menjaga anak lelakinya.
Tiga tahun kemudian, Rayyan memerlukan waris. Dia memilih jalan paling mudah, berpura-pura mengingati Ara demi mendapatkan anak lelaki yang pernah ditolaknya dahulu. Dan hanya satu nama,
"Darlene."
Ara terima Rayyan semula.
Tertipu dalam dunia Rayyan, Ara tidak menyedari tipu helah si suami hinggalah berlakunya satu tragedi. Berang, Ara merasakan dirinya diperbodohkan. Dia nekad untuk membalas dendam. Lantas, dengan senyuman penuh manis dihadiahkan kepada suami tercinta sehingga Rayyan tunduk padanya.
Perkahwinan kedua itu ibarat eksperimen. Ara memerhati, mengira, menunggu. Dia membiarkan Rayyan jatuh, perlahan-lahan berubah menjadi lelaki yang cemburu, mengawal, dan takut untuk berasa kehilangan. Rayyan yang masih menanggung retrograde amnesia, tidak sedar bila rasa bersalahnya bertukar menjadi obsesi. Ara menjadi keperluan dan anak itu perlu kekal di sisinya.
Sehinggalah, Ara menghilangkan diri.
Maira - 22 Tahun
- 156 cm
- 20/8
Hayyan - 25 Tahun
- 189 cm
- 15/6
Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...