Tiada Lagi Darlene

Tiada Lagi Darlene

  • WpView
    Reads 25
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 16
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Jun 14, 2026
Bagi Ara Darlene, perkahwinan dengan Rayyan Akhtar hanyalah sebuah penyatuan tanpa rasa. Dia tahu kedudukannya; hanyalah isteri di atas kertas, sementara takhta di hati Rayyan kekal menjadi milik Ristina. Ara sedar, berharap pada lelaki korporat itu hanyalah satu kerja sia-sia. "Darlene." - Rayyan Akhtar Darling. Rayyan tanpa dia sendiri sedar, mula memaksudkan perkataan manis itu. Perkataan yang sedikit sebanyak menjadi faktor utama hati Ara terbuka buat Rayyan. Namun, ketika tembok ego mula retak dan bahagia hampir menyapa, takdir meragut segalanya. Sebuah kemalangan ngeri memadamkan memori Rayyan dan melahirkan versi lelaki yang lebih dingin, kejam, dan langsung tidak mengenali erti empati. Tiada lagi Darlene. Di mata Rayyan yang baru, Ara bukan lagi isterinya. Ara hanyalah punca segala kesengsaraan hidupnya. Ara dihukum, dicaci, dan diabaikan tatkala dunianya sendiri sedang runtuh menyembah bumi. Saat Ara memerlukan dahan untuk berpaut ketika badai melanda keluarganya, Rayyan malah menjadi orang pertama yang menolak dia jatuh ke jurang. Antara tuntutan hak, dendam lelaki tanpa ingatan, dan sebuah kehilangan yang merobek jiwa, masih adakah ruang untuk Ara bertahan? Namun, Rayyan alpa tentang satu perkara. Ara menyimpan dendam. Ara seorang pendendam. Ara AKAN membalas dendam. "Melutut dan sujud di kaki aku macam apa yang aku buat pada kau, Rayyan Akhtar. Mungkin cara tu boleh buatkan aku maafkan kau." - Ara Darlene Rayyan melutut. Dia betul-betul melutut dan sujud di kaki Ara. Tapi, sikit pun tiada simpati Ara pada linangan air mata Rayyan, lelaki yang pernah menghuni hatinya. "Aku mintak maaf! Aku mintak maaf! I'm sorry! Tolong maafkan aku, Ara!" - Rayyan
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Forever Isn't What We Promised
  • Ustazah Alia: Kerana Nafsu
  • MUTE
  • Aydeen's Untold Heart (Completed)
  • GILDED OBSESSIONS (#1): THE VELVET CAGE
  • Permission to Fall, Prof!
  • Dendam Dalam Cinta [REVAMPED]
  • Takdir Tak Menjanjikan Bahagia
  • Vow Of Hope
  • MASIH BERHARAP (COMPLETE)

[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines