Asmara Di Hujung Nyawa

Asmara Di Hujung Nyawa

  • WpView
    Reads 1,125
  • WpVote
    Votes 211
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadOngoing1h 9m
WpMetadataNoticeLast published Tue, Nov 25, 2025
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟏𝟗𝟓𝟎. Zayida Almira, seorang gadis yang bukan sahaja dikurniakan kecantikan, tetapi juga keanggunan sebagai seorang penari tradisional. Gerak tubuhnya bagaikan puisi yang menari di udara, memukau setiap mata yang memandang. Namun, di sebalik keindahan itu, dia menjadi mangsa kezaliman seorang lelaki bernama Bahari-lelaki yang tidak pernah mengenal erti cinta, hanya nafsu dan obsesi yang membara. Demi memiliki gadis itu, dia sanggup mencalar maruah Zayida hingga tiada jalan lain untuknya selain menerima takdir perkahwinan yang penuh derita. Kehidupannya berakhir dengan tragis, namun dengan dendam yang terikat pada darah, dia kembali menghantui suaminya melalui keturunannya yang ke-7. --- 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓. Zayeda Almera Ladeena, keturunan ke-7 yang mewarisi nama dan takdir yang tidak pernah dia ketahui. Tanpa sedar, hatinya tertarik pada seorang lelaki bernama Andika Afsar Allaudin-majikannya. Namun, mengapa setiap kali dia berada di sisi lelaki itu, muncul perasaan déjà vu yang mencengkam jiwa? Ada sesuatu tentang lelaki itu yang menarik, tetapi juga penuh teka-teki. Sedang Zayeda cuba memahami kehadirannya, seorang lagi lelaki muncul dalam kehidupannya―Raja Muhammad Ziaulhaq. Namun, niatnya bukan untuk mendekati Zayeda, sebaliknya menyuruh Zayeda menjauhi Afsar. Siapakah Andika Afsar Allaudin yang sebenarnya? Dan mengapa Raja Muhammad Ziaulhaq begitu mendesaknya menjauh? Dalam kekeliruan dan misteri yang semakin meruncing, satu kebenaran menanti untuk dirungkai... dan mungkin, ia bukan yang mampu diterima dengan mudah. HORROR & HISTORICAL ROMANCE • Boleh tengok ig saya @rozesdeer.x for more information:) and sinopsis.
All Rights Reserved
#12
kisahsilam
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KIRANA, MY DEAREST (complete ✅)
  • BUBAR JALAN
  • BANDOENG DIKALA MALAM [ON GOING]
  • Asmaraloka Saptakāla [COMPLETED STORY]
  • Jodohku di Kota London
  • Shanarqie
  • Forbidden Crowns : Leonel & Seraphina
  • senyuman Terakhir [ C ]

⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan ❗Novel ini adalah sambungan daripada novel 'My Beloved Babysitter'. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pembaca dinasihatkan untuk membaca novel pertama sehingga tamat terlebih dahulu sebelum membaca novel ini ya ☺️☺️ Selepas lima tahun, kehidupan rumah tangga Kirana dan Ashraff Nadim sangat bahagia. Kasih sayang mereka semakin bercambah dengan kehadiran Afieq Khalish, permata hati mereka. Namun, rumah tangga mana yang tidak dilanda badai? Kehadiran Julayka, sepupu arwah Sofea, muncul untuk menghancurkan kasih sayang Kirana dan Ashraff Nadim. Sikap Ashraff Nadim mula berubah. Dari seorang yang penyabar dan penyayang, berubah menjadi pembengis. Setiap hari Kirana dipukul dan dihina. Bukan sahaja Kirana yang menjadi mangsa, malah Afieq Khalish juga turut menjadi mangsa baran Ashraff Nadim. Sehinggalah satu hari, Kirana diceraikan tanpa sebarang alasan. Ashraff Nadim menghalau Kirana dan Afieq Khalish dari rumah agamnya. Nadine Aulia yang pulang bercuti, terkejut dengan berita yang didengarinya. Dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada papanya. Dengan pertolongan kawan baik papanya, Nadine Aulia cuba menyelamatkan hubungan Ashraff Nadim dan Kirana. Setelah semuanya terbongkar, Ashraff Nadim mula menyesal dan cuba memujuk Kirana semula. Namun, Kirana sudah tawar hati. Mampukah Nadine Aulia menyatukan semula Ashraff Nadim dan Kirana? Adakah Kirana dapat menerima Ashraff Nadim semula selepas dia dilayan kejam oleh bekas suaminya itu? Bolehkah cinta pertama bertahan sampai hujung nyawanya? Berjayakah Ashraff Nadim memujuk Kirana atau dia bakal kehilangan perempuan kesayangannya selama-lamanya?

More details
WpActionLinkContent Guidelines