Setelah Crimson Vow berjaya dicuri pihak musuh, Qalief dan Hamra' masing-masing dihukum oleh keluarga mereka kerana gagal menjalankan tugas dengan sempurna. Permata keramat milik dayang legenda DELIMA itu hilang dalam jagaan mereka?
Memang bala tujuh keturunan yang menanti!
Terikat dalam takdir yang serupa, mereka mencapai kata putus--- demi menuntut bela diri, Qalief dan Hamra' bekerjasama mencari Crimson Vow.
"Florist cikai macam kau pun boleh tanam bunga dalam hati aku." - Hamra'.
"Bunga apa agaknya tu?" - Qalief.
"Bunga tahi ayam." - Hamra'.
Namun semakin dekat mereka dengan destinasi, semakin banyak pertikaman dan halangan yang menguji kepercayaaan terhadap satu sama lain.
"Cuba jujur kenapa kau tiba-tiba benci aku?" - Qalief.
"Mungkin kau betul. Mungkin aku memang mengharapkan sesuatu daripada kau." - Hamra'.
Dua benang berselirat yang cuba meleraikan dan memisahkan, mampukah mereka jalani misi membela diri ini tanpa terbelit lagi?
"Dua jiwa, satu hajat."
START: 31/03/2026
MAIN STORY END:
All Rights Reserved