
Takdir Kita Rizq Aydan tidak pernah mahu hidupnya terikat dengan aturan sesiapa. Dia punya impian sendiri-menjadi bebas, menjelajah dunia, dan menikmati hidup tanpa sekatan. Tetapi dilahirkan dalam keluarga beruniform, dia tidak punya banyak pilihan. Demi memenuhi harapan ayahnya, dia melangkah ke dunia yang bukan miliknya-ketenteraan. Aleeya Sofea pula seorang wanita matang yang tenang dan penuh kasih sayang. Dia percaya setiap manusia diciptakan dengan peranan masing-masing. Impiannya mudah-menjadi seorang pendidik dan menyebarkan ilmu. Tidak pernah dia sangka, pertemuan dengan Aydan mengajarnya bahawa hidup ini bukan sekadar soal impian, tetapi juga pengorbanan. Mereka bertemu di universiti, bersahabat, dan akhirnya saling jatuh cinta. Namun, kebahagiaan mereka diuji apabila Aydan dihantar ke medan pertempuran dan hilang tanpa jejak selama dua tahun. ✨ Takdir Kita-sebuah kisah tentang pilihan, kehilangan, dan cinta yang berperang dengan takdir. Adakah janji yang terlafaz mampu bertahan, atau segalanya hanya akan menjadi kenangan?All Rights Reserved
1 part