Cinta Dalam Dilema
Alya Nur Natasya fikir hidupnya sebagai pengawas sekolah akan berjalan seperti biasa. Dia hanya mahu menjalankan tugas, belajar, dan menikmati masa bersama rakan-rakannya. Tapi semuanya berubah apabila Danial Uqasya, bekas kekasihnya yang juga pengawas Tingkatan 3, mula mendekatinya semula. Senyuman yakin Danial, cara dia melayan Alya seperti dulu, semuanya membuat hati Alya goyah. Namun, dalam masa yang sama, Rayyan Mohd Kaiden, pelajar biasa yang selalu menarik perhatiannya, semakin rapat. Rayyan bukan seperti Danial-dia lebih tenang, lebih sukar diduga, tetapi ada sesuatu tentangnya yang membuat Alya tidak dapat mengalihkan pandangan.
Dalam kekeliruan ini, Alya bernasib baik kerana memiliki rakan-rakan yang sentiasa di sisinya:
Fatin Arabella Laurent, matang dan selalu menjadi penasihat utama.
Nur Issandra Damia, suka menyakat tetapi tetap peduli.
Eryna Qassandra, pendiam tetapi tajam dalam memerhati.
Puteri D'Iris Jasmine Shah's, manja dan sering bermanja dengan Alya.
Hana Adlina / Matun, selamba dan bersikap santai, tidak suka drama.
Tengku, berani dan tidak teragak-agak melindungi Alya.
Nurin T' Sara Emliya, seorang yang setia dan baru sahaja menjadi sebahagian daripada 'kroni' Alya.
Mereka menjadi tempat Alya meluah rasa dan mencari jawapan. Tetapi, semakin hari, semakin sukar untuk dia membuat pilihan.
Siapa yang harus dia pilih? Danial, cinta lama yang mungkin masih berbekas di hatinya? Atau Rayyan, yang membuat jantungnya berdegup dengan cara yang berbeza? Atau... patutkah dia langsung tidak memilih sesiapa?
Dalam perjalanan ini, Alya akan belajar bahawa cinta bukan sekadar soal memilih antara dua hati-tetapi juga tentang mencari dirinya sendiri.
Sejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang kampung.
Eryna tertekan dengan apa yang terjadi. Lelaki itu yang sudah sah menjadi suaminya telah merentap maruahnya dalam keadaannya yang tak rela. ELIANA gadis pujaan Harraz dia yang bakal menjadi tunangan Harraz. Hati Eryna semakin terluka dia memutuskan untuk bawa diri dengan izin suaminya. Harraz membenarkan kerana rasa benci yang mendalam terhadap Eryna.
Tahun berganti tahun, takdir telah menemukan Eryna dengan Harraz tetapi hati Eryna tertutup buat mana-mana lelaki walaupun suaminya sendiri. Eryna ingin menebus kesalahannya dengan menaja busana pakaian pengantin yang direka khas olehnya. Kebetulan Harraz dan Eliana bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Selepas itu, Eryna mahukan perpisahan dengan cara yang baik.
"Kalau betul sekalipun adilkah bagi saya, awak boleh hidup bahagia dengan orang lain sedangkan saya masih terikat dengan hubungan ni? Saya dah penatlah. Niat saya baik, saya cuma nak kita berbaik itu aje. Iyalah, disebabkan saya awak kahwin pun tak macam orang lain. Saya serba salah sebab buat hidup awak hampir hancur dulu." ERYNA SOFIA.
"Aku setuju dengan tawaran kau tapi kau kena ingat! Kalau perkahwinan aku dengan Eliana tak terjadi dengan sempurna. Aku takkan lepaskan kau. Bukan boleh percaya pun kau ni nanti kau plan macam-macam nak hancurkan hubungan aku dengan Eliana." ADAM HARRAZ.
"Saya sepatutnya sedar diri dari dulu, saya tak layak mencintai dia. Saya yang sepatutnya mengalah dalam hubungan ini. Saya akan undur diri." ELIANA.
Namun perancangan Tuhan itu lebih sempurna. Kebenaran telah terbongkar membuatkan hari perkahwinan Harraz menjadi huru-hara. Apakah nasib Eryna setelah perkahwinan Harraz dan Eliana tak jadi?