Story cover for Forbidden. by sylvXxxxx
Forbidden.
  • WpView
    Reads 0
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
  • WpView
    Reads 0
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
Ongoing, First published Mar 12, 2025
Gwen baru berpindah ke Ravenwood Academy, sekolah asrama elit dengan reputasi akademik cemerlang. Namun, di sebalik kejayaannya, tersembunyi budaya buli yang sistematik, dikawal oleh sekumpulan pelajar berpengaruh. Gwen, dengan sikap lantangnya, segera menjadi ancaman-dan sasaran. Bermula dengan ejekan dan sabotaj, buli terhadapnya semakin serius, memaksanya memilih antara membalas dendam atau meruntuhkan sistem yang menindas.

Di tengah semua ini, Gwen mula mendengar bisikan tentang Dorm 5-bangunan lama yang dilarang dimasuki. Kononnya, pelajar yang hilang pernah menghuni di sana. Satu corak mula kelihatan: mangsa buli sering dikaitkan dengan Dorm 5. Apa rahsia sebenarnya? Dan mengapa sesiapa yang cuba mencari jawapan akhirnya memilih untuk diam?

Satu perkara pasti-Dorm 5 bukan sekadar bangunan kosong.
All Rights Reserved
Sign up to add Forbidden. to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Silent But Deadly by EYFIEZAAsri
22 parts Ongoing
Aireen Nayla, seorang gadis pendiam yang berpindah ke Sekolah Elit Valiance, menyimpan kisah silam yang kelam. Dilahirkan dalam keluarga hancur, ibunya dibunuh oleh ayah kandungnya sendiri. Seorang lelaki berpengaruh yang kini menghilang bersama seorang isteri muda yang tidak dikenali. Tiada sesiapa tahu siapa Aireen sebenarnya. Di permukaan, dia hanyalah pelajar biasa yang selalu menyendiri, dibesarkan di rumah anak yatim piatu. Namun di sebalik wajah dingin itu, dia sedang merancang satu misi besar - balas dendam. Di sekolah, dia menjadi sasaran gurauan dan ejekan seorang pelajar lelaki terkenal bernama Zayden Khal, anak kepada usahawan terkaya di bandar. Zayden dan tiga rakannya ialah Rei, Lior, dan Aqil, membentuk kumpulan rahsia yang digelar The Wolf Order, dikenali sebagai pejuang jalanan yang sering bertembung dengan geng ganas di luar sekolah, dikenali sebagai Venom 7. Namun mereka tidak tahu... ada seseorang yang lebih hebat sedang memburu Venom 7 juga iaitu Aireen, yang selama ini membantu mereka dari jauh dengan identiti bertopeng hitam. Pertengahan cerita, The Wolf Order mula sedar bahawa ada seorang 'bayang' yang menyelamatkan mereka setiap kali berada dalam bahaya. Identiti sebenar Aireen mula terungkai apabila dia turun ke medan pertarungan dan menunjukkan kehebatan luar biasa dari jauh melebihi mereka. Zayden yang pada mulanya benci dan suka menyakitkan hati Aireen, mula tertarik dengan keunikan dan keberaniannya. Dalam masa yang sama, Aireen turut berdepan dengan pelajar-pelajar sekolah yang memusuhinya kerana kedegilannya, termasuk beberapa guru yang pernah terlibat dalam sejarah hitam keluarganya.
You may also like
Slide 1 of 8
Cinta Hati Rafael|C cover
Silent But Deadly cover
ASPURA cover
Love you, Akak Pengawas! || C cover
Sir, Saya Cintakan Awak! cover
RUMAH TERAKHIR cover
FASA KEDUA    [Complete] cover
ANOTHER (Terbit) cover

Cinta Hati Rafael|C

53 parts Complete Mature

Rafael, seorang cikgu praktikal yang baru sahaja menamatkan pengajian, ditempatkan di sebuah sekolah elit di pinggir bandar. Dengan wajah serius dan prinsip hidup yang tegas, Rafael tidak pernah menyangka bahawa detik-detik praktikalnya akan mengubah seluruh perjalanan hatinya. Alia Unawardah, pelajar Tingkatan 5 yang pintar, matang dari usianya, dan penuh misteri, sering memerhati Rafael dari jauh. Di sebalik keanggunannya, Alia menyimpan luka dalam dan hidup dalam tekanan keluarga yang memaksanya menjadi sempurna. Dia tertarik pada ketegasan Rafael - lelaki pertama yang tidak tunduk pada pesonanya. Bermula dengan perbualan biasa dan teguran akademik, perasaan yang tidak sepatutnya hadir mula berputik. Rafael bergelut antara tanggungjawab sebagai pendidik dan gelora perasaan yang makin sukar dibendung. Alia pula tidak mahu hanya menjadi pelajar biasa di mata Rafael - dia mahu difahami dan dihargai sebagai seorang insan. Namun, segalanya tidak mudah. Perhubungan yang terbina di luar batas mula dihidu. Di sebalik itu, satu rahsia besar tentang identiti sebenar Alia mengancam masa depan Rafael. Antara maruah, kerjaya dan cinta, mampukah Rafael bertahan? Dan adakah Alia sanggup melepaskan cinta pertamanya demi menyelamatkan lelaki itu dari kehancuran?