Story cover for 𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔
  • WpView
    Reads 3,624
  • WpVote
    Votes 817
  • WpPart
    Parts 4
  • WpHistory
    Time 19m
  • WpView
    Reads 3,624
  • WpVote
    Votes 817
  • WpPart
    Parts 4
  • WpHistory
    Time 19m
Ongoing, First published Mar 14
4 new parts
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴... ❞

𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang jelita dan mampu memikat hati para jejaka dengan satu kali pandangan mata sahaja. Juga seorang gadis yang pernah percaya bahawa cinta itu abadi. Dia membina mimpi, dia menanam harapan, dia mencintai dengan seluruh jiwa. Namun, dalam satu hela nafas, kepercayaannya diruntuhkan. Dunia yang pernah berwarna kini kelam... 

𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang kacak dan juga dingin dengan gadis-gadis di luar sana. Siapa sangka, lelaki dingin ini juga mempunyai belahan jiwanya sendiri. Sejak zaman sekolah lagi, dia hanya memerhati Aisya dari jauh. Dia bukan jenis yang bersuara, tapi hatinya... penuh dengan kasih. Seorang lelaki yang nampak dingin di luar, tapi hatinya setia dan tulus - menunggu gadis yang tidak pernah hilang dari doanya.

Malam reunion yang sepatutnya menjadi saksi bahagia bertukar menjadi malam luka. Satu gambar - cukup untuk meruntuhkan segala benteng hati Aisya. Dia melarikan diri, tenggelam dalam duka, mencari ruang untuk bernafas. Dan Haidar, bagaikan bintang yang enggan padam, tetap setia menerangi jalannya. 

"Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔

"Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟 𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦

Mampukah hati yang retak dijahit semula dengan benang kasih? Atau adakah Aisya harus belajar melepaskan cinta yang ditulis di langit takdir?

𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 ; 𝟐𝟔 𝐌𝐀𝐑𝐂𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐄𝐍𝐃 :
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 to your library and receive updates
or
#51loyal
Content Guidelines
You may also like
BENAR UNTUKMU [COMPLETE] by bySueHerra
40 parts Complete
Nur Qayreena, gadis kampung berusia 26 tahun, hidup dalam tenang yang sederhana menjaga ayahnya yang uzur sambil meneruskan hari-hari sunyi selepas kehilangan ibu. Tamat pengajian dalam bidang perladangan, dia memilih tinggal di kampung, bukan kerana tidak mampu melangkah lebih jauh, tetapi kerana kasihnya pada ayah terlalu besar untuk ditinggalkan. Dunia Qayreena mula berubah apabila ayahnya tiba-tiba menyuarakan hasrat: "Abah nak Reena kahwin dengan anak kawan baik abah..." Bersama rasa berat dan berdebar, Qayreena mula bertanya pada diri sendiri siapa lelaki itu? Kenapa dia? Dan cukupkah waktu untuk mengenali seseorang sebelum bergelar isteri? Soalan demi soalan dilontarkan oleh Hani, sahabat yang paling setia dan prihatin: "Reena... hati kau dah sedia ke?" "Kau tahu apa-apa pasal dia?" "Sekurang-kurangnya... kau tahu dia jenis lelaki yang boleh jaga kau?" Dan Qayreena, seperti biasa, hanya mampu diam dalam resah yang belum pasti. Namun demi ayah, dia reda. Reda yang bukan bermaksud rela sepenuhnya. Pertemuan pertama mereka tak seindah drama cinta. Dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak, lelaki itu bersuara: "Awak betul nak kahwin dengan saya? Saya ni dah lah hensem." Muka Qayreena terus berubah. Kalau ikut hati, dia nak cakap: "Lelaki green flag ke, jangan test aku awal-awal boleh?" Namun siapa sangka, di sebalik ayat 'bajet' itu... tersembunyi seorang lelaki yang tahu menghargai, tahu memimpin, dan tahu menyayangi dengan cara paling tenang. Perkahwinan yang bermula kerana takdir keluarga itu menjadi permulaan kepada satu cerita cinta yang tidak dijangka. Adakah hubungan mereka akan kekal lama? Adakah cinta antara mereka akan menjadi sebuah cinta abadi? Dan... adakah mereka tetap meneruskan hubungan itu hingga ke hujung nyawa?
My Forever, My Tengku Aqzariel [OG] - Slow Update by flowers_loverss
11 parts Ongoing
Dua jiwa dari dunia yang berbeza Raissa Elverra, peguam ternama yang tegas dengan mulut berbisa, dan Tengku Aqzariel Rendra, lelaki dingin yang terbiasa menumpahkan darah di medan peperangan. Pertemuan pertama mereka hanya melahirkan pertelingkahan, namun takdir seolah-olah berulang kali mempertemukan mereka dalam kejadian-kejadian yang tidak pernah dirancang... hingga akhirnya wujud satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan dan senyuman sinisnya, Raissa menyimpan 1001 rasa trauma yang selama ini menjadi belenggu hidupnya. Kehadiran Tengku Aqzariel sedikit demi sedikit membawa sinar, menjadi pelindung pada hati yang selama ini penuh dengan sisa luka. Sedangkan Aqzariel, yang tidak pernah kenal erti takut di medan tempur, akhirnya tewas pada rahsia seorang wanita yang tampak kuat di luar, namun rapuh di dalam. Di persimpangan takdir dia memilih antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati, dia memilih jalan yang ditentukan Ilahi... kerana wanita itu bukan sekadar cinta, dia adalah anugerah terindah buat dirinya. Tengku Aqzariel Rendra: "I will guard you until the last drop of my blood is spilled. I will not release your hand, even knowing it carries poison for me... because I realize, it is the sweet poison of my love for you.. I will cherish until my final breath." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu ujian datang menguji ikatan perkahwinan yang terbina. Mampukah Tengku Aqzariel terus menjadi pelindung dan penawar untuk Raissa Elverra? Atau adakah cinta mereka turut rebah bersama luka yang tidak pernah sembuh?
You may also like
Slide 1 of 10
Westside Connection  cover
His Love Carnival | OG cover
Heer~THE UNWANTED DAUGHTER cover
DUDAKU ATAU SUAMIKU (E-BOOK)C cover
Ruksar ~ The Forgotten Wife  cover
His Love Hard cover
𝑻𝒉𝒆 𝑻𝒓𝒖𝒆 𝑳𝒐𝒗𝒆 ✓  cover
BENAR UNTUKMU [COMPLETE] cover
My Forever, My Tengku Aqzariel [OG] - Slow Update cover
2 || MY DAHLIA [REVAMP] || C cover

Westside Connection

46 parts Ongoing

An autistic girl sheltered her whole life gets a taste of danger once she meets a thug named Santiago Perez. ​Santiago "Ghost" Perez set his eyes on Zari one time and has never left her alone since "Checkin' your location, I'm wishin' I was close to you I left my heart on the West End, I can't wait to get home to you"