Lukisan Takdir -Slow Update- | OG

Lukisan Takdir -Slow Update- | OG

  • WpView
    Reads 134
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Oct 18, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
"Janji, tahu?" "Janji." Aireen Rayana. Seorang gadis yang dulunya percaya pada janji. Percaya bahawa selama dia menunggu, semua akan baik-baik sahaja. Tetapi hidup bukan kisah dongeng, kerana hati manusia bukan sesuatu yang boleh dikawal sesuka hati. Kai Ersan. Jejaka yang disayangi Aireen. Yang berjanji untuk mengahwininya suatu hari nanti. "Janji yang cinta Aireen kepada abang tidak akan pudar di hati awak." - Kai Ersan "Aireen janji akan sentiasa cintakan abang!" - Aireen Rayana Aireen setia menunggu walaupun sudah bertahun lamanya janji itu dilakar. Dia cuba untuk berbaik sangka. Seperti sapuan warna air pada kanvas kosong, dia muncul dalam hidup Aireen. Bukan untuk mengubah karyanya, tetapi untuk menjadi sebahagian daripadanya. Hendrick Zayan. Rupanya tidak payah cakap lah. Memang perfect! Kacak maut! Tenang, matang dan penuh dengan karisma, tetapi dalam diam, dia menyimpan beribu duka yang tidak semua tahu. Aireen sedar, sejak Hendrick muncul di dalam kehidupannya, dia kerap rasa sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Hendrick bukan seorang yang hanya lalu di dalam hidupnya, tetapi membawa kehangatan kepadanya. Kerap dia nafikan perasaannya. Bagi dia, cintanya sudah tetap pada Kai. Namun, hati Aireen menjadi goyah dengan kewujudan Hendrick. Nampaknya, takdir membuatkan dia terpaut pada dua orang pada masa yang sama. Dalam kanvas kehidupan yang penuh warna dan cabaran, Aireen harus memilih antara janji lama atau takdir baru yang mula terukir. Kerana dalam setiap lukisan takdir, tiada siapa yang tahu hasil akhir karya tersebut, sehingga ia selesai dicipta. "Kadang-kadang, hidup ini macam lukisan yang kita sendiri tidak rancang." - Aireen Rayana "Tapi, takdir selalu ada cara untuk melakar sesuatu yang indah, walaupun kita tidak nampak lagi gambarnya." - Hendrick Zayan Namun, dalam setiap lukisan, ada warna yang tidak dirancang. Apakah hasilnya akan menjadi indah atau sebaliknya? ⚠️! -dont expect too much because i write this story for fun
All Rights Reserved
#113
sliceoflife
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Kau Lupa Janji [C]
  • Kerana kau
  • Jodoh Aku Miss Rollerblade!
  • Sesempurnanya Akad Itu
  • SALAHKAN AKU
  • AMORIST
  • Takdir Yang Terindah

QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa. APRIL ISABELLE Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan. "Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!" "Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!" Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan. "Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..." "Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia. Atau... Sesuatu terjadi pada wanita itu? "I Hanania, tunang Qays Jareed" "Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." "Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" "Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" "Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" __________________ Aku selalu memikirkan masa depan, Antara kita berdua hidup bersama, Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati, Kau pintaku memutuskan perhubungan. Mudahnya, kau lupa pada janji... Kau lupa janji.

More details
WpActionLinkContent Guidelines