THE ONLY ONE

THE ONLY ONE

  • WpView
    Reads 3
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Mar 16, 2025
Ar Rayyan Mikhail x Aira Medina, dua remaja yang membesar bersama, namun perkenalan mereka bukanlah dalam suasana manis. Hubungan mereka bermula dengan benci, bertukar menjadi cinta, hingga akhirnya diikat dalam perkahwinan pada usia muda. Walaupun masih bergelar pelajar, mereka tetap meneruskan persekolahan mereka dan mengharungi cabaran sebagai pasangan suami isteri. Namun, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama. Fitnah kejam menimpa Aira, dituduh berlaku curang. Bukti yang kukuh membuatkan seluruh keluarga, termasuk suaminya sendiri, berpaling darinya. Penderitaan Aira semakin memuncak apabila dia dihalau, tetapi takdir lebih tragis apabila dia terlibat dalam satu tragedi. Pendarahan yang teruk memaksanya menjalani pembedahan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya. Namun pada akhirnya, hanya bayinya sahaja dapat diselamatkan dan Aira telah disahkan meninggal dunia. Rayyan jatuh ke lembah penyesalan. Kesedihan dan rasa bersalah menghantui dirinya sehingga dia berubah menjadi lelaki yang dingin, penuh amarah, dan dendam dalam jiwanya. Dia berjanji akan mencari dalang di sebalik fitnah sehingga meragut nyawa isterinya. Namun, sehinggalah satu hari, seorang wanita muncul dengan wajah, suara, dan auranya persis seperti Aira Medina. Tetapi sikapnya sangat jauhlah berbeza. Apakah ini hanya satu kebetulan atau Aira sebenarnya masih hidup? Atau hanyalah pelanduk dua serupa? Dendam, kebenaran, dan takdir mampukah Rayyan merungkai semua misteri ini dan menebus segala kesalahannya?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • SUAMIKU JIRAN SEBELAH
  • ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)
  • Jodoh Tanpa Sengaja
  • Maafkanlah Aku
  • KELAM DI SEBALIK SINARNYA
  • Elhaq Danara: Hati Yang Masih Ingat
  • The King Of Aarayan (Completed)

AKU SEORANG DOKTOR DAN DIA SEORANG TENTERA. Isara Nabila, seorang pakar bedah jantung yang sentiasa sibuk menyelamatkan nyawa, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah perkahwinan yang diatur keluarga. Suaminya? Raheel Fikri,jiran sebelah yang hampir setiap hari mahu berbual dengannya, seorang tentera muda yang tegas dan dingin. Namun, dengannya seperti kucing. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, tetapi demi memenuhi harapan keluarga. Tetapi, ada satu yang membuatkan Isara tidak pernah menyukai lelaki itu, dan Raheel yang berusaha menambat hati gadis kecilnya itu. Namun, di sebalik pertelingkahan kecil dan detik-detik dingin, perlahan-lahan mereka mula melihat sisi lain antara satu sama lain. Tanpa mereka sedari, masa lalu yang telah lama terkubur mula menggugat hubungan mereka. Raheel kehilangan sebahagian memorinya akibat kejadian tragis di medan perang, sementara Isara menyimpan rahsia yang tidak pernah dikongsikan kepada sesiapa. Lebih mengejutkan, seseorang yang selama ini dipercayai telah mati sebenarnya masih hidup-dan dia tahu segala-galanya tentang mereka. Dalam dunia yang penuh rahsia dan kejutan, mampukah Isara dan Raheel menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya saling mengenali sejak kecil? Dan apabila kebenaran terbongkar, adakah perkahwinan mereka masih mampu bertahan?

More details
WpActionLinkContent Guidelines