Kisah Sederhana Kita

Kisah Sederhana Kita

  • WpView
    Reads 60
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Jun 30, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
﷽ Haidar Umaizar Sarabella Takdir. Benar kata orang, takdir itu tidak boleh diubah. Ia sebahagian dari layar kehidupan. Manusia berjalan di atasnya. Sebegitu rupa, buat lelaki yang masih terkapai-kapai mencari hala tuju. Mencari erti kekosongan yang telah lama hidup. Menyekat segala rasa yang cuba menyinggah kerana baginya, dia tiada apa-apa. Untuk apa dia merasa? Kalau akhirnya, ia akan disekat jua? "Pada akhirnya, aku cuma manusia yang hidup tanpa jiwa. Kan? Seperti mayat hidup. Mengikut telunjuk manusia tanpa henti." Lalu sampai bila? Di saat Haidar merasakan takdir mengkhianati, hadirnya Sara seolah membuka harapan kecil. Harapan yang ditinggal lama, sedikit demi sedikit mula bercahaya. "Saya, Sarabella binti Haji Hashim. Insya-Allah saya akan mula bekerja sebagai intern di sini. Mohon tunjuk ajar." Sangka Haidar, Sara hanya wanita biasa. Pelatih yang sedang cuba menghadapi realiti alam pekerjaan. Namun, dalam diamnya, Sara juga turut menyimpan luka, yang dibungkus kemas. Sara pernah merasa kehilangan, dikhianat. Hingga sakitnya terpaksa ditutup dengan tawa. "Kalau saya sakit pun, siapa yang kesah?" Haidar mengerti. Sakit wanita itu dia juga pernah hadapi. Namun, siapa dia untuk membujuk rasa jika diri dia juga sedang terluka? Sinar harapan cuba dicari. Mereka berdua mula saling memahami. Mengerti. Hingga akhirnya, takdir Tuhan itu disusun cantik sekali. "Mungkin... apa yang ditakdir tak terlalu menyakitkan." "Mungkin juga... takdir yang ini memberi peluang yang baharu untuk kita?"
All Rights Reserved
#56
selflove
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 : 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇
  • Bidadara Dalam Hati©
  • 𝐒𝐓𝐀𝐘 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐌𝐄,𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄
  • Cruel LOVE !  [E-Book]
  • Hero Dalam Irama | TERBIT
  • 𝑫𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒖𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑫𝒖𝒅𝒂 (𝑯𝒊𝒔 𝑯𝒆𝒂𝒓𝒕'𝒔 𝑫𝒆𝒔𝒊𝒓𝒆)  | 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭
  • My husband Encik Tengku ✓
  • TAUFIQ : RISKY LOVE [C]
  • BINTANG PINJAMAN TERINDAH - C

⚠️ story about surrogate mother ⚠️ Keputusan lalu Athira memakan dirinya sedikit demi sedikit apabila dia meninggalkan anak sendiri selepas 36 jam bayi itu dilahirkan. 4 tahun berlalu. Mereka dipertemukan semula.. Anak yang dilahirkannya sudah tumbuh besar menjadi seorang kanak-kanak perempuan yang cantik. "Dia sakit Athira.. Kau tinggal dia lepas 36 jam kau lahirkan dia. 4 tahun dia hidup hospital tu rumah kedua dia. Athira.." Begitulah rayuan Azriel Haikal berharap agar anak perempuannya dapat walau secebis kasih sayang daripada seorang wanita yang bergelar ibu. "Mama rindu Hanis.." Dalam diam dia juga menyimpan rindu. Katakanlah padanya ibu mana yang tak sayang anak? Satu hari.. "Hanis.. Please don't leave me. Hanis dah janji tak nak tinggal papa kan sayang? Don't stop breathing please.." Rayuan demi rayuan. Namun Allah yang maha esa sudah menentukan ajal dan maut. "Masa kematian 4:56 minit petang." <<< "Eh perempuan! Kau bangun! Kau dengar tak anak cacat kau tu menangis?! Baik kau diamkan dia sebelum aku yang diamkan. Dah lah cacat! Menyusahkan!" Kehadiran cahaya mata yang baru tak dapat diterima Azriel. Bagi lelaki itu bayi yang baru dilahirkan cuma ingin merampas takhta Hanis Ardelle di dalam hatinya. Kenyataan masih belum boleh diterima. Namun sampai bila? Sampai bila lelaki itu ingin terus berduka? <<< Apakah pengakhiran mereka akan berakhir begitu sahaja? apakah yang terjadi 4 tahun dulu? Seindah manakah kenangan mereka? Wujudkan kebahagian untuk mereka? Mampukah dua hati itu bersatu kembali? notes : cerita ini telah ditulis oleh bocah entah mana, saya tak kenal dia 🥰

More details
WpActionLinkContent Guidelines