Hannah tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah selepas sebuah pementasan teater sekolah. Di pentas, dia hanyalah seorang kakak yang tersesat mencari adiknya. Tetapi di kerajaan Thermora, wataknya telah diubah.
Perjumpaan tidak terduga dengan nenek tua itu mengubah sesuatu dalam dirinya. Begitu juga dengan Bobby, lelaki yang pernah menolak cintanya dahulu muncul dengan kekuatan dewa Achilles. Dalam dunia penuh hikayat ini, mereka bukan sekadar pelakon, tetapi pemeran utama dalam kisah dongeng ini.
"Awak tengok sekarang? Dimana kekasih awak yang gila tu!" Hannah
Bersama, mereka perlu mencari rakan-rakan lain yang diculik oleh Medea, ratu kejam kerajaan Thermora.
"Sama ada kau suka atau tidak, kita berdua mesti selamatkan yang lain!" Bobby
Dalam dunia di mana legenda menjadi nyata dan mitos bukan sekadar cerita dongeng, Hannah harus memilih. Lari dan menyelamatkan dirinya atau merobek takdir yang telah tertulis.
Akankah Hannah Winston melakarkan hikayatnya sendiri?