Story cover for Untuk Dia Selamanya by elndradefiorella
Untuk Dia Selamanya
  • WpView
    Reads 755
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 33
  • WpView
    Reads 755
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 33
Ongoing, First published Mar 20
3 new parts
Tara Ezmilda. Seorang gadis yang hidupnya cuma sederhana. Sejak ibu tiada, dia sudah terbiasa menurut dan berdiri sendiri. Cinta tidak pernah menjadi keutamaan. Namun, semuanya berubah apabila seorang lelaki berhati mulia hadir dalam hidupnya.  

Dialah, Kasyal Zafildan. Seorang pemuda yang baru sahaja dilukai. Tetapi, setiap kali Tara memerlukan seseorang, dia ada. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu, bukan hanya sekadar rahsia tetapi luka yang mendalam. Nekad, dia mahu menjadikan gadis itu sebagai isterinya, melindungi dan membahagiakannya.  

"Saya rasa saya selalu bawa masalah pada awak. Saya takut awak menyesal sebab terima saya sebagai isteri awak." - Tara Ezmilda

"Kalau aku boleh putar masa dan kalau aku boleh pilih semula siapa yang aku nak sebagai isteri aku, aku tetap akan pilih kau. Dan selamanya aku akan pilih kau, sayang." - Kasyal Zafildan

Bersama Kasyal, dunia Tara terasa lebih cerah. Ada tawa tanpa dipinta, ada lirikan mata yang berbicara tanpa suara. Dan kerana itulah, dia mula sedar bahawa hatinya yang dahulunya tertutup rapat, kini telahpun terbuka.  

Tetapi dunia mereka bukan hanya tentang cinta berdua. Ada luka lama yang belum sembuh dan ada manusia di sekeliling yang tidak pernah berhenti menyakiti. Sejak kecil, Tara dibesarkan dalam bayang-bayang ibu tiri yang melihatnya bukan sebagai keluarga, tetapi sebagai beban.

Meskipun begitu, bagi Kasyal, kasih sayangnya bukan hanya untuk menampung kekurangan Tara tetapi untuk menyembuhkan hati gadis itu yang telah lama dibiarkan sakit. Dia tidak sekadar ingin menjadi seorang suami tetapi menjadi pelindung dan tempat pulang yang isterinya tidak pernah ada.

Namun, mampukah cinta yang lahir daripada luka bertahan? Dan mampukah Kasyal terus mempertahankan Tara saat semuanya cuba menjatuhkan?

"Untuk dia, tentang dia, yang namanya tidak akan pernah pudar."
All Rights Reserved
Sign up to add Untuk Dia Selamanya to your library and receive updates
or
#99family
Content Guidelines
You may also like
CINTA YANG DI DAMBAKAN [EBOOK]✔️ by thezyrose
10 parts Complete Mature
Qafeel dan Raudha disatukan dalam paksa rela. Qafeel terpaksa. Raudha rela demi seorang ayah yang banyak berjasa. Perkahwinan tanpa cinta sangat sukar untuk Qafeel terima kerana cintanya untuk wanita lain. Hati Raudha sakit saat Qafeel mengaku cinta pada wanita lain. Siapa sangka, pada mulanya tiada rasa cinta, akhirnya Raudha jatuh cinta pada suami sendiri. Raudha berusaha memikat hati Qafeel. Pelbagai usaha dia lakukan demi seorang suami. "Kenapa you cintakan dia Qaf? Kenapa bukan I yang menjadi pilihan you?"- Raudha Sakina. Dan ternyata usaha Raudha sia-sia. Qafeel tidak pernah menghargai setiap usahanya. Malah lelaki itu terlalu ego untuk mengaku apa yang dia rasa. Juga Qafeel tidak suka lelaki lain mendekati Raudha walaupun adiknya sendiri. Kerana satu peristiwa, Raudha memilih untuk membawa diri jauh dari Qafeel. Bukan melarikan diri tetapi merawat hati yang terluka di samping membawa satu rahsia besar yang Raudha simpan daripada pengetahuan Qafeel. Saat Qafeel sedar yang hatinya mencintai Raudha, semuanya sudah terlambat. Raudha pergi membawa hati yang terluka. "Sanggup Qaf lukakan hati Adda. Apa salah Adda pada Qaf?"- Puan Sri Suria. "Saya menyesal Raudha. Sangat menyesal." - Qafeel Tan Sri Taha. Lalu masih adakah peluang untuk Qafeel membaiki silapnya. Dan mampukah Qafeel mendapatkan cinta Raudha kembali? Atau perpisahan jalan yang terbaik? All rights reserved © HezyRose NO PLAGIARISM!!! 🚫
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
Takdir Yang Kembali | Editing by nerinenoir
14 parts Ongoing
Dua tahun selepas lafaz yang memisahkan mereka sebagai suami isteri, Sayf dan Nufa bertemu semula di kota Alexandria. Bukan secara kebetulan tetapi kerana takdir yang belum selesai ditulis. "Abang tahu abang tak sempurna tapi kalau Allah masih beri abang peluang untuk belajar mencintai dengan cara yang diredai-Nya, abang nak." -Sayf Arsalan "Kalau kita betul-betul sayang, jangan dikurung dalam sangkar. Lepaskan. Biar dia terbang bebas. Kalau dia pulang, itu rezeki kita. Tapi kalau dia tak kembali... mungkin itu ujian." -Nufa Elnaura Di saat mereka mula merangkai kembali serpihan harapan, ujian datang bertalu. Satu musibah mengubah seluruh hidup Nufa. Namun, Sayf memilih untuk tetap menunggu, meski harus menahan pedih yang tak terucap. "Abang takkan pergi, Nufa. Kalau ini takdir kita, abang rela terluka... asalkan bukan kerana menyerah." - Sayf Arsalan "Kehadiran saya dalam hidup abang hanya menyusahkan. Dan sekarang... saya bukan perempuan yang sempurna pun. Apa lagi yang tinggal?" - Nufa Elnaura Dalam masa yang sama, ibu Sayf tetap dengan pendiriannya. Bagi Puan Mariam, cinta Sayf kepada Nufa adalah kelemahan dan kelemahan itu mesti diputuskan, walau dengan mempertaruhkan hubungan darah demi membunuh satu cinta. "Kalau Sayf tetap pilih dia, pergilah. Tapi jangan harap mama akan restu. Jangan harap mama akan pandang Sayf lagi." - Puan Mariam Sayf kini terperangkap antara dua cinta. Seorang ibu yang melahirkannya dengan nyawa dan seorang wanita yang mengajarnya erti kehilangan dan ketabahan. Mampukah Sayf melangkah semula ke dalam cinta yang pernah mereka kuburkan bersama? Atau takdir itu hanya mempertemukan mereka untuk mengajarkan erti redha dan perpisahan?
Meliana and the man behind the commando mask. by iamsafyaela
30 parts Complete Mature
Pertemuan mereka adalah pertemuan yang biasa, dia hanya lelaki asing yang menolongnya untuk mengambil barang. Tak sempat ingin berterima kasih, lelaki itu menghilangkan diri. Namun, tidak disangka takdir membawa mereka bertemu semula. Mereka saling memperkenalkan antara satu sama lain. "I'm Nur Meliana Lidya, and you?" - Meliana "Gorgeous name! I'm Tengku Dazrael Zayden." - Dazrael Cinta pandangan pertama bertukar menjadi perkahwinan, dan dia tidak percaya hidupnya akan menjadi begitu sempurna, sehinggalah satu demi satu rahsia terbongkar. Suaminya bukan sekadar kapten tentera. Dia juga CEO kepada ZaydenVault industri, syarikat yang paling berpengaruh di seluruh dunia dan yang paling menakutkan, dia juga seorang assasin berdarah dingin. Dia hidup di dalam dunia yang penuh bayang dan penuh musuh yang ingin melihatnya tumbang. Lebih mengejutkan, semua rakannya termasuk sepupu Meliana sendiri turut memikul identiti gelap yang sama. Namun meskipun rahsia itu terbongkar, dia tidak menjauh tetapi dia tetap di sisi lelaki itu. Meskipun rumah tangga mereka menghadapi salah faham yang besar, yang hampir meruntuhkan segalanya. "Ceraikan aku! Kau patut kahwin dengan dia, bukan aku!" - Meliana "Abang tak akan lepaskan cielo. Bagi abang masa untuk buktikan yang itu semua hanya lakonan untuk keselamatan cielo." - Dazrael Tapi... Mampukah cinta mereka bertahan dalam dunia penuh rahsia, darah dan pengkhianatan? Adakah itu lakonan semata-mata atau untuk keselamatan Meliana? Sanggupkah Meliana kekal di sisi lelaki itu selepas dia tahu perkara sebenar? Adakah apa yang Dazrael lakukan itu untuk melindunginya dari sesuatu yang buruk ? ⚠️ Abaikan jika ada sedikit typo, keselahan ejaan dan penyalah gunaan tatabahasa. ⚠️ Cerita ini ialah rekaan semata-mata. ⚠️Mohon jangan terikut dengan perkataan kasar yang terdapat di dalam ini. ⚠️Untuk pembaca yang matang
You may also like
Slide 1 of 9
AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN cover
CINTA YANG DI DAMBAKAN [EBOOK]✔️ cover
Jika Kau Yang Memiliki cover
Kerana Kamu, Aku Bertahan (OG) cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
Takdir Yang Kembali | Editing cover
Meliana and the man behind the commando mask. cover
THB [Treat Her Better] cover
SILENT BETRAYAL  | C | cover

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN

56 parts Ongoing

♡Amani Haura Binti Johan ♡ Amani Haura merupakan seorang gadis kampung yang melarikan diri ke bandar untuk menyelamatkan dirinya dari terus di buru. Walaupun kehidupan Amani Haura penuh dengan dugaan tetapi Amani masih mampu mengaharunginya dengan hati yang terbuka. Amani seorang gadis yang berperwatakkan ceria, jujur dan juga berani. Pesanan yang di berikan oleh arwah ibunya selalu di pegang teguh demi kelangsungan hidupnya. Di sebabkan kisah silamnya yang perit, Amani mempunyai Trauma. ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ ♡ Izz Zakwan Bin Tan Sri Zamru ♤ Izz Zakwan seorang pemuda yang mempunyai segala-galanya. Malangnya, Izz Zakwan pernah di kecewakan oleh wanita yang bernama Ariana. Di sebabkan itu, Izz Zakwan seorang yang setia akan percintaan berubah menjadi buaya darat. ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ "Aku nak ingatkan kau, kau masih ada masa lagi nak tolak.. kau fikir masak-masak. Yang tanggung akibatnya kau, bukan aku atau family aku". Kata Izz Zakwan dengan suara sinisnya. ---- "Saya ni memang tak layak rasa bahagia.. mungkin betul cakap En. Izz, yang saya ni pembawa malang". Kata Amani Haura tanpa riak wajah. ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ Mereka di temukan apabil Amani Haura.....