Untuk Dia Selamanya | C

Untuk Dia Selamanya | C

  • WpView
    Reads 10,960
  • WpVote
    Votes 259
  • WpPart
    Parts 71
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Sep 7, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Destined Love
Happy Ending
Romantic Comedy
Kasyal Zafildan ℘ Tara Ezmilda Tara Ezmilda. Seorang gadis yang hidupnya cuma sederhana. Sejak ibu tiada, dia sudah terbiasa menurut dan berdiri sendiri. Cinta tidak pernah menjadi keutamaan. Namun, semuanya berubah apabila seorang lelaki berhati mulia hadir dalam hidupnya. Dialah, Kasyal Zafildan. Seorang pemuda yang baru sahaja dilukai. Tetapi, setiap kali Tara memerlukan seseorang, dia ada. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu, bukan hanya sekadar rahsia tetapi luka yang mendalam. Nekad, dia mahu menjadikan gadis itu sebagai isterinya, melindungi dan membahagiakannya. "Saya rasa saya selalu bawa masalah pada awak. Saya takut awak menyesal sebab terima saya sebagai isteri awak." - Tara Ezmilda "Kalau abang boleh putar masa dan kalau abang boleh pilih semula siapa yang abang nak sebagai isteri abang, seratus peratus abang tetap akan pilih sayang. Dan selamanya abang akan tetap pilih awak, sayang." - Kasyal Zafildan Bersama Kasyal, dunia Tara terasa lebih cerah. Ada tawa tanpa dipinta, ada lirikan mata yang berbicara tanpa suara. Dan kerana itulah, dia mula sedar bahawa hatinya yang dahulunya tertutup rapat, kini telahpun terbuka. Tetapi dunia mereka bukan hanya tentang cinta berdua. Ada luka lama yang belum sembuh dan ada manusia di sekeliling yang tidak pernah berhenti menyakiti. Sejak kecil, Tara dibesarkan dalam bayang-bayang ibu tiri yang melihatnya bukan sebagai keluarga tetapi sebagai beban. Meskipun begitu, bagi Kasyal, kasih sayangnya bukan hanya untuk menampung kekurangan Tara tetapi untuk menyembuhkan hati gadis itu yang telah lama dibiarkan sakit. Dia tidak sekadar ingin menjadi seorang suami tetapi menjadi pelindung dan tempat pulang yang isterinya tidak pernah ada. Namun, mampukah cinta yang lahir daripada luka bertahan? Dan mampukah Kasyal terus mempertahankan Tara saat semuanya cuba menjatuhkan? "Untuk dia, tentang dia, yang namanya tidak akan pernah pudar."
All Rights Reserved
#22
marriage
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sayang Kata Terindah [BAKAL TERBIT]
  • OVERprotective
  • AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN
  • SILENT BETRAYAL  | C |
  • THB [Treat Her Better]
  • DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
  • PERJUANGKAN AKU [C]
  • Di Antara Kita
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE

Selepas kehilangan tunang dalam sebuah kemalangan tragis, Chinta Qaseh tidak pernah menyangka hidup dia bakal berubah sepenuhnya. Bayi yang lahir atas pengkhianatan tunangnya dibesarkan dengan penuh kasih. Takdir menemukan dia dengan seorang lelaki yang juga senasib dengannya. Sayang Jiwa Kusyairi, seorang pemuda yang liar terpaksa memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya setelah kehilangan abang kandung dan kakak iparnya dalam satu tragedi yang sama. Hidup yang dahulu bebas kini dipenuhi dengan pengorbanan. Memaksa mereka menjadi ibu dan bapa tunggal yang jauh lebih matang di usia muda. Mula dengan berjiran dan bergelar rakan sekelas. "Awak buat apa ni? Dah gila? Nak kena dakwa sebab culik anak orang ke?" - Chinta Qaseh "Ganti balik kamera saya." - Sayang Jiwa Kusyairi Sehinggalah peristiwa pada satu malam yang malang mengubah segala. Kusyairi dipenjarakan. "Kalau Ayaz cinta awak, Ahda pula jiwa saya, Qaseh. Tolong jaga dia." Lima tahun berlalu, mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri. Namun tanggapan orang sekeliling tidak pernah meninggalkan mereka sejak dahulu. "Walau apapun yang orang-orang dekat luar sana tu kata, Sayang tetap hero Chinta dan anak-anak. You are the best husband and father ever."

More details
WpActionLinkContent Guidelines