Gadis Penjelalah Mimpi

Gadis Penjelalah Mimpi

  • WpView
    Reads 6
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Oct 25, 2025
Sekadar menceritakan mimpi-mimpi yang pernah aku jelajah di dalam mimpi. Beberapa daripadanya hanyalah permainan tidur dan beberapa daripadanya memiliki petanda, makna bahkan persoalan. Ada yang telah terjawab dan dapat dilihat dengan mataku sendiri bahawa mimpi itu memberi peringatan kepadaku. Kadangkala ceritanya terlihat jelas dan mudah untuk aku ingati kerana ia bagaikan rangkuman satu cerita dan episod. Malahan sukar dipercayai kerana jalan ceritanya terlihat begitu sempurna. Ada beberapa persoalan yang sering bermain di fikiranku berkenaan segala mimpi-mimpi yang pernah aku lalui... Jika mimpi tersebut ada watak lelaki, selalunya watak lelaki itu akan menjadi hero, seakan penyelamat bahkan terkadang seseorang yang mencintai diriku sama ada secara terang ataupun dapat dilihat dari cara layanannya. Sehingga mimpi tersebut membuatkan aku tidak mahu terjaga dan mengembara di alam mimpi itu. Jika mimpi tersebut ada watak perempuan, selalunya watak perempuan tersebut berupa lembaga, hantu bahkan saka yang cuba membunuh, menghantui dan menakut-nakutkan aku dalam tidur. Sehingga membuatkan aku berusaha untuk tersedar daripada mimpi tersebut. Jika di dalam mimpi tersebut ada watak-watak yang aku kenali dan pernah temui. Selalunya mimpi itu tidak jelas dan terlihat benar-benar seperti permainan tidur belaka. Namun kadangkala ada juga yang memiliki petanda dan aku sudah menemui jawapannya di kemudian hari sama ada cepat atau lambat. Kadangkala mimpi menimbulkan kerinduanku kepada mereka kerana aku sangat akrab dengan mereka di dalam mimpi itu. Terkadang mimpiku sangat menerujakan bagiku kerana aku memiliki kuasa luar biasa atau juga berada di dalam sebuah misi. Namun terkadang ianya sukar dikawal seperti yang aku kehendaki. Bahkan terkadang aku menjadi watak utama di dalam mimpi tersebut. Boleh juga sebagai psikopat demi membunuh ancamanku, hanya untuk menyelamatkan diriku, namun amat tragis sekali. Kesimpulannya, sebelum tidur basuh kaki. ^-^ Sekadar nota mimpi.
All Rights Reserved
#49
mimpi
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Adventure Of Mary
  • 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀  𝐇𝐀𝐓𝐈?  | OG

Warning 18SX Pertama kali buat cerita fantasi jadi segalanya hanyalah cerita rekaan semata-mata.. Feeling-feeling Anime gitu Novel kali ini agak panjang dalam satu bab.. Harap tak bosan membacanya.. " Aku letih.. Aku give up.." "EHHHH~!!!" "KAT MANA AKUUU!!?" Mary si gadis polos yang mengalah dengan kehidupannya.. Dia diseru kedunia yang penuh cabaran dan keanehan..

More details
WpActionLinkContent Guidelines