Terperangkap Dalam Bayangan (Complete)

Terperangkap Dalam Bayangan (Complete)

  • WpView
    Reads 323
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 47
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Apr 4, 2025
Suasana malam terasa sunyi, tetapi bagi Marsya, ketenangan itu hanyalah ilusi. Dia tahu dia sedang diperhatikan. Dari seberang jalan, di celah-celah bangunan gelap, dia dapat merasakan sepasang mata yang tidak pernah berhenti mengekori setiap langkahnya. Sejak beberapa minggu lalu, perkara ganjil mula berlaku- Pesanan tanpa nama yang diterima di telefonnya. Hadiah misteri yang diletakkan di hadapan rumahnya. Bunyi tapak kaki yang sering mengikutinya dalam gelap. Pada mulanya, Marsya fikir semuanya hanyalah perasaan paranoid. Tetapi malam itu, sesuatu berlaku yang mengubah segalanya. Ketika dia membuka peti surat, ada sekeping gambar di dalamnya. Gambar dirinya. Diambil dari jauh, jelas menunjukkan dia sedang berjalan pulang sendirian. Tetapi itu bukan perkara paling menakutkan-di belakangnya dalam gambar itu, ada seseorang berdiri dalam bayangan. Darah Marsya berderau. Tangannya menggigil saat dia membalikkan gambar itu. Ada tulisan di belakangnya: "Aku sentiasa ada, sayang. Jangan cuba lari dariku." Darwish. Marsya menggenggam erat gambar itu. Dia tidak boleh berdiam diri lagi. Malam ini, dia akan mencari jawapan. Dan jika benar Darwish berada di luar sana, dia akan pastikan lelaki itu tidak akan pernah menyentuh hidupnya lagi. Apa pun caranya. (INFO) -cerita ini daripada sambungan "Kau Bukan Type Aku!!!"
All Rights Reserved
#133
wattpadstory
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • THE RULES: BRAYAN [Complete]
  • Di Sebalik Senyuman
  • ID untuk Hawa [Editing in Progress] [C]✅
  • Derana (Bab Percuma)
  • BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
  • Benci Mr. Tengku √
  • [EBOOK] Dalam Genggaman Mr. Vampire
  • THE SPLIT : BRAHMS
  • Inara Amanda | C

"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"

More details
WpActionLinkContent Guidelines