Story cover for Pesan Sayang by akyelrahim
Pesan Sayang
  • WpView
    Reads 5,572
  • WpVote
    Votes 893
  • WpPart
    Parts 15
  • WpView
    Reads 5,572
  • WpVote
    Votes 893
  • WpPart
    Parts 15
Ongoing, First published Mar 25
Setelah bertahun-tahun merantau jauh, Irma akhirnya kembali ke kampung halaman. Tapi kepulangannya bukan sekadar untuk melawat, ia membawa seribu kenangan lama yang kembali menghantui. 

Dulu, Irma dan Ojan adalah sahabat baik, saling berkongsi cerita dan impian. Namun, satu kejadian pahit memisahkan mereka, meninggalkan luka yang sukar untuk sembuh.

Apabila bertemu semula dengan Ojan, semuanya seakan kembali seperti dahulu - tawa, rasa nyaman, dan perasaan yang tak pernah padam. Namun, masa yang telah berlalu dan rahsia lama yang belum terbongkar membuatkan Irma tertanya-tanya adakah mungkin untuk mereka memulakan sesuatu yang baru, atau adakah kenangan lalu akan terus menghalang?

Sebuah kisah tentang cinta, persahabatan, dan mengubati luka lama yang masih ada.
All Rights Reserved
Sign up to add Pesan Sayang to your library and receive updates
or
#15akyelrahim
Content Guidelines
You may also like
NUKILAN TAKDIR KITA [C] by miss_leonie
59 parts Complete Mature
Cover by: @PutraRize "Our past sin just a part of the book.." Cinta. Satu perasaan suci yang perlu dijaga dengan baik. Jika membiarkan nafsu menguasai, maka hancurlah kesucian perasaan cinta. Hanya satu malam, musnahnya hubungan yang dibina. "Aku takkan bertanggungjawab dekat kau." - Dauriel Izzfar. "Saya takkan maafkan awak, Dauriel...." - Isha Dafiya. Dibuang teman lelakinya kerana tidak mahu bertanggungjawab terhadapnya. Maruahnya sebagai seorang wanita dipijak-pijak tanpa ada rasa bersalah. Keluarga dan semua temannya menjauhkan diri. Tetapi, itulah yang membuatkan dia bangkit, berdiri setelah jatuh sendirian. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Dia bangkit dan kembali ke jalan sang pencipta yang telah lama dia tinggalkan. Isha Dafiya kini telah bekerja di sebuah syarikat IT terkemuka di Malaysia. Dia bekerja keras untuk menyara dirinya dan anak lelaki yang dibesarkan sendirian. "It's nice to meet you again, Dafiya." - Dauriel Izzfar. Entah kenapa takdir menemukan mereka semula. Isha bertemu dengan Dauriel di syarikat tempatnya bekerja. Lebih parah lagi, apabila jejaka itu menjadi CEO baharu di syarikatnya. "Mana anak kita, Dafiya?" - Dauriel Izzfar "Pembetulan. Anak saya seorang." - Isha Dafiya. Dauriel sedar akan khilafnya di masa lalu, cuba untuk menebus semula kesalahannya. Namun, hati yang telah dibaluti luka belum tentu mampu sembuh. Adakah mereka akan bersama? Atau hanya kenangan sahaja yang menjadi peneman hidup mereka? #don't plagiat my idea ( berdosa!) #jemput vote dan comment!
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
Kerana Cinta ©️ by nsyqilla
64 parts Complete
1st story :) AMARAN: CERITA NI CRINGE DAN TAMPIL TANPA EDIT!! Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupannya tenang. Tak ada badai. Tak ada ombak. Hanya sekadar lautan yang tenang. Segalanya berakhir hanya dengan satu pertemuan, segalanya berubah. Hatinya hancur. Kepercayaannya musnah. Kad undangan perkahwinan dihulur tanpa ada namanya walhal dia lah yang selama ini menyulam cinta bersama sang pujaan hati. Arian Daniel. Mungkin benar kata orang perasaan sebegini lebih baik dipendam sendiri. Keputusannya untuk menghantar rombongan meminang untuk si gadis akhirnya menemui titik terendah dalam hidupnya. Pinangan di tolak! Bahkan gadis itu memilih untuk bersama dengan pasangan hidup pilihannya. Bagi mereka tak ada beza di antara lara dan renjana. Bah kan keduanya sama mengundang luka yang parah malah disulam sengsara. Teruk. Siapa sangka, lantai takdir tuhan itu indah. Dua hati yang retak ini disatukan dalam satu hubungan yang diredhai. Keduanya saling mengubati. Merawat segala parut lama. Namun, alam perkhawinan tak sering kali indah. Tiang masjid mereka goyah. Antara isteri dan sahabat. Arian bagaikan tersepit di tengah. "Aku sanggup bermain dengan nyawa manusia hanya untuk dapatkan Arian." -Citra. "Dan aku sanggup mati untuk orang yang aku sayang." -Arian Daniel. +pretty cover from izzlawa
You may also like
Slide 1 of 10
Janji Setia Padamu (Completed) cover
Kenangan Yang Tinggal [COMPLETE] cover
Biar Saya Jadi Hero Awak. cover
NUKILAN TAKDIR KITA [C] cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
Langit Tak Pernah Berbohong  cover
Masih Ada Dia  cover
Even If We Drift: We Always Find Our Way Back cover
Dear,You cover
Kerana Cinta ©️ cover

Janji Setia Padamu (Completed)

17 parts Complete

[CERPEN DIINSPIRASIKAN DARIPADA LAGU (MEMORI MUNGKIN BERULANG - TOMOK & SITI NORDIANA)] "Saya janji dengan awak... bila saya dah habis belajar, kita akan kahwin." - DAHLIA. "Saya tunggu." - INDRA. Itulah janji yang pernah dilafazkan Dahlia dan Indra sebagai tanda kasih sayang mereka sebagai pasangan kekasih. Walau berbeza jarak, mereka tetap setia dengan cinta yang ada namun jodoh tiada untuk mereka kerana sekembalinya Dahlia ke tanah air, dia telah dikahwinkan dengan Nazril atas aturan keluarga. 19 tahun kemudian, mereka bersua kembali di atas lembaran takdir yang baharu. Kehadiran Indra sebagai klien bisnes Dahlia membuatkan kejanggalan itu masih ada. Luka lama pun kembali terasa apatah lagi saat Indra memandang wajah satu-satunya wanita yang bertakhta di jiwa. "Saya minta maaf. Masa tu, saya tak ada pilihan dan saya tak mampu nak lawan kehendak mama dan papa." - DAHLIA. "Simpan ajelah maaf awak tu. Sebab maaf awak tu murah dan tak ada makna." - INDRA. Jika memang bukan jodoh mereka, mengapa kembali bertemu? Jika memang sudah rela melepaskan, mengapa sakitnya masih terasa? JANJI SETIA PADAMU