My Shadow Rose's ( In Editing)

My Shadow Rose's ( In Editing)

  • WpView
    Reads 7,166
  • WpVote
    Votes 279
  • WpPart
    Parts 62
WpMetadataReadMatureComplete Tue, Mar 3, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Dark Romance
Happy Ending
Romantic Comedy
Tengku Khan Isyraf Bin Tengku Ameen || Putri Myla Zahra binti Tizz Taqif "Abang, kenapa abang suka bagi bunga ros dekat saya?" tanya Myla sambil memegang jambangan ros merah yang masih segar. Setiap minggu, bunga yang sama. Setiap kali, rasa yang tak pernah berubah - lembut, indah, tapi penuh tanda tanya. Tengku Khan Isyraf menatap wajah isterinya dengan senyuman tenang. "Nak tahu kenapa?" soalnya perlahan, matanya tak lepas dari pandangan Myla. Myla mengangguk. Ada sesuatu dalam suaranya yang membuatkan dia ingin tahu lebih daripada sekadar jawapan. "Sebab abang nak jadi duri, biar sayang jadi ros," jawab Khan, lembut tapi sarat dengan makna. Myla tergelak kecil. "Kenapa duri, abang? Duri tu kan tajam, menyakitkan. Kenapa bukan ros tu sendiri yang cantik?" Khan membalas dengan pandangan dalam sebelum bersuara, suaranya hampir berbisik. "Sebab duri yang lindungi ros. Walau duri tu menyakitkan, dia tetap di situ untuk jaga bunga yang dia cinta. Sama macam abang. Biar abang yang luka, asal sayang selamat." Myla terdiam. Kata-kata itu menyentuh jauh ke dalam hati. Dia senyum - tapi di hujung hatinya, ada rasa aneh yang sukar dijelaskan. Seolah-olah, cinta itu sedang memberi isyarat tentang sesuatu yang bakal hilang. --- Beberapa hari kemudian... "Mama! Papa! Kenapa Myla tak nampak apa-apa... gelap, pa!" Suara Myla bergema, cemas dan menggigil. Kedua-dua tangannya teraba-raba udara, mencari arah. "Myla boleh dengar suara mama papa... tapi Myla tak nampak..." tangisnya pecah. Khan terpaku. Tubuhnya kaku di sisi Myla. Nafasnya seolah terhenti. Start: 17June 2025 End: 4 Mac 2026
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Until Tomorrow
  • KESEMPATAN KEDUA
  • Permission to Fall, Prof!
  • Takdir Dua Empayar [Complete]
  • The Fatih's Court
  • Pelan Cinta #1
  • Skate To Escape
  • Syaqil's Faithful Heart
  • Betrayal (C)

𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅

More details
WpActionLinkContent Guidelines