Di sebalik pencakar langit yang gah dan kemewahan korporat, tersembunyi rahsia yang mampu meruntuhkan segalanya.
Nevora Holdings, konglomerat hartanah paling berpengaruh di negara ini, digegarkan oleh tragedi ngeri-runtuhan tapak pembinaan yang meragut lima belas nyawa. Insiden itu segera diklasifikasikan sebagai 'kemalangan industri', tetapi sesuatu tidak kena. Kos projek dipotong, bahan binaan murah digunakan, dan ada tangan ghaib yang memastikan kebenaran tidak pernah sampai ke permukaan.
Masuklah Zulaikha Renée, seorang auditor tegas dan berprinsip, yang diupah secara rahsia oleh pakcik kepada pewaris Nevora Holdings. Dia datang bukan sekadar untuk meneliti angka, tetapi untuk membongkar kepincangan dalam syarikat yang selama ini disembunyikan. Namun, auditnya bukan sekadar tentang transaksi dan penyata kewangan-ia membawa Zulaikha ke dalam permainan yang lebih besar, penuh dengan muslihat, ugutan, dan bahaya yang tidak pernah dia bayangkan.
Di tengah penyiasatannya, dia bertembung dengan Ethan Luqman, pewaris syarikat yang hidupnya sudah lama terikat dengan skandal keluarganya. Ethan, seorang lelaki yang pernah cuba menjauhkan diri dari empayar bapanya, kini terperangkap di antara dua dunia-kesetiaan kepada darah dagingnya, atau kebenaran yang semakin jelas di hadapan matanya.
Zulaikha dan Ethan tidak pernah sepatutnya berada di pihak yang sama. Dalam dunia korporat yang penuh tipu daya, mereka hanya boleh mempercayai diri sendiri... dan mungkin satu sama lain.
Namun, semakin hampir mereka kepada kebenaran, semakin tinggi harga yang perlu dibayar. Nevora Holdings tidak akan membiarkan mereka menggali terlalu dalam. .
Dalam dunia di mana wang boleh membeli segalanya dan kuasa boleh menutup setiap kesalahan, adakah mereka cukup kuat untuk melawan? Atau akhirnya, mereka sendiri akan menjadi mangsa dalam permainan ini?
Kerana dalam mencari kebenaran... kadangkala, kita akan kehilangan diri sendiri.
Maysarin × Esra Wildan (karya 1)
-----
7/11/2023 - 13/1/2024
-----
Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh ibu kandungnya sendiri, ada orang asing yang sanggup menghulur tangan untuk membelanya dengan baik. May tiada pilihan sebaliknya terima huluran tersebut lalu pergi jauh tinggalkan dukanya. Setelah meningkat dewasa, May kembali untuk tuntut haknya sebagai anak.
Kehadiran Esra Wildan yang mengaku kenal dia sedari kecil membuahkan rasa ingin tahu dalam hati Maysarin. Siapa lelaki itu? Kenapa dia tiada memori tentang lelaki itu?
"Awak siapa Es? Saya betul-betul tak ingat. Cerita lah detail lagi, mana tahu saya boleh ingat." - Maysarin
"Itu tugas awak untuk ingat semula, saya tak akan bagitahu." - Esra Wildan.
Cis! Lelaki itu memang banyak helahnya. Namun sedikit sebanyak sikap santainya buat May jadi selesa. Mereka kahwin dan hidup bahagia tanpa gangguan sebaliknya kisah silam yang terbongkar satu demi satu membuatkan May jadi rapuh. Dia boleh jatuh terduduk bila-bila masa sekiranya tiada Esra dibelakangnya.
Kematian orang yang baik dengannya membuatkan May jadi semakin berani melangkah ke depan. Namun pahit untuk ditelan, musuh sebenar adalah darah dagingnya sendiri.
"Kau ni May memang lahir untuk hidup malang. Tuhan pun benci anak haram macam kau. Takdir? Takdir kau balik-balik buat orang yang dekat dengan kau mati dan kau akan dicaci maki sebab berpunca dari kau. Seperti sekarang ni lah, aku maki kau sebab kau buat ayah kau mati." - Puan Amelia
"Bila fikir balik kan... May ni memang bawa sial." - May
"Tiada orang yang lahir malang ke dunia. Tiada orang yang hidupnya bawa sial. Apapun yang terjadi, kita sebagai hamba-Nya harus berpegang pada takdir. Ajal maut bukan urusan kita." - Esra
Ah! Andai saja lelaki itu bukan suaminya pasti sekarang dia sedang terkontang-kanting bertahan sendiri.