PULANG KE PANGKUAN KU [OG]

PULANG KE PANGKUAN KU [OG]

  • WpView
    Reads 73
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 12
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Apr 21, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Cinta zaman sekolah - siapa sangka ia akan bertahan? Qisya dan Wan Hakim, dua jiwa yang pernah bersatu selama empat tahun, terpisah dek salah faham yang tak pernah dijelaskan. Hilang tanpa kata. Diam tanpa pamit. Tapi hidup ada cara sendiri untuk mempertemukan mereka semula - satu majlis perkahwinan, satu senyuman tawar, dan satu percakapan ringkas yang membuka semula pintu kenangan yang dah lama terkunci. Qisya cuba bertenang. Tapi bila akaun TikTok yang dia cipta khas untuk 'stalk' Wan terbongkar, kisah mereka mula berputar semula. Dalam diam, mereka mula berbicara - tapi dunia seakan tak pernah berpihak. Fakhrul, lelaki yang setia menanti di tepi jalan takdir, tahu dia tak akan mampu gantikan Wan dalam hati Qisya. Tapi dia tetap ada. Hingga ke akhirnya. Kerana dalam perjalanan pulang ke pangkuan yang lama, ada hati yang dikhianati, ada janji yang dimungkiri... dan ada jiwa yang memilih untuk pergi selamanya. "Aku janji, kau cinta terakhir aku. Walau dunia tak adil, hati aku akan tetap milik kau... sampai habis nyawa." -Fakhrul-
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • SALAHKAN AKU
  • Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit )
  • 🌼PELUANG KEDUA 🌼 (COMPLETED)
  • Without You ©
  • Sayang Kata Terindah [BAKAL TERBIT]
  • HUG : THE TRUTH UNTOLD
  • S2: Awak Saya Punya! [Completed]
  • The Villain's Dream
  • Aku Benci Kau?

Kemalangan itu cuma tiga saat... tetapi kesannya, seumur hidup. Fayyad kehilangan segalanya dalam dentuman yang sepatutnya tidak berlaku. Penglihatan, kerjaya, harga diri, dan masa depannya. Dunia yang dulu terang kini tinggal kelam.Dan orang yang menyebabkan semua itu masih hidup. "Kita ni doktor, Is. Kita dicipta untuk selamatkan orang. Tapi kali ni, akulah punca kematian. Dan kalau aku gagal tarik Fayyad balik ke dunia ni... aku pun dah tak layak untuk terus hidup lagi." - Hana Hana, seorang doktor yang sepatutnya menyelamatkan nyawa, tetapi kali ini dia telah membunuh satu nyawa kerana kelalaiannya. Apa yang lebih menyakitkan dia hanya luka ringan sedangkan adiknya mati dalam pelukan, dan Fayyad buta seumur hidup.Rasa bersalah itu membelit setiap nafasnya. "Kau curi hidup aku! Kau ambil mata aku... dan sekarang datang dengan air mata bodoh tu?! Kau fikir... dengan menangis depan aku, Tuhan akan pulangkan penglihatan aku?!" - Fayyad "Fayyad... bunuh aku kalau itu boleh buat kau lega. Aku tak kisah. Aku memang patut dihukum." - Hana Fayyad tak pernah lupa, dan tak akan pernah maafkan. Apatah lagi bila tunang Hana sendiri, Dr. Iskandar menjadikan cemburu sebagai senjata untuk menjatuhkannya. "Ada sesuatu dalam mata dia... yang buat Is rasa cemburu dan takut. Walau Fayyad hancur, dia tetap ada ruang dalam hati Hana. Dan ruang tu... bukan untuk Is." - Iskandar Pertemuan semula mereka di Singapura, dalam projek teknologi untuk orang buta, menyalakan kembali luka yang belum sembuh. Dan di tengah tekanan masa, Hana membuat keputusan gila. "Kalau satu-satunya cara awak boleh teruskan rawatan ini... adalah dengan status sah untuk tinggal di sini... Kahwin dengan saya. Kontrak. Enam bulan. Cukup untuk mohon long-stay visa. Lepas itu, awak bebas." - Hana Salahkan Aku adalah kisah tentang jiwa yang mati sebelum waktunya. Tentang dosa yang tak boleh diampunkan. Dan tentang cinta yang mungkin wujud... tapi dibina atas kubur rasa bersalah dan kemarahan yang tak pernah padam.

More details
WpActionLinkContent Guidelines