69 parts Complete "Mendoakanmu adalah satu-satunya caraku memelukmu dari jauh. Kerana cinta adalah doa."
Ara, gadis jahil yang pernah jauh dari Tuhan.
Aisya, gadis yang pernah dibenci tanpa alasan, menyimpan luka kemurungan dan rahsia masa lalu.
Pertemuan mereka membentuk takdir yang tidak pernah diduga. Dari Aisya, Ara belajar mencari Tuhan. Dari Wahyun, Ara mengenal apa itu erti setia. Dan dari Hafiyy, Ara belajar bahawa ada cinta yang hadir dengan kesabaran, meski tidak pernah dijanjikan balasan.
Namun bahagia tidak mungkin dibina di atas tapak yang merekah. Ada rahsia lama yang terkubur, dendam yang masih bernyawa, dan kehilangan yang meragut nyawa; semuanya memporak-perandakan keluarga dan cinta mereka.
Mereka bertanya, adakah takdir sedang menghukum, atau sedang menunjukkan jalan pulang?
Tapi bagaimana jika jalan itu dipenuhi dengan silap masa lalu, luka yang belum sembuh... dan cinta yang terpaksa dikorbankan demi maruah dan nyawa?
Kerana mereka fikir mereka tahu siapa yang berdosa. Tapi bagaimana jika setiap seorang menyembunyikan sesuatu?