Bayu Tak Bertuan [OG]

Bayu Tak Bertuan [OG]

  • WpView
    LECTURAS 166
  • WpVote
    Votos 14
  • WpPart
    Partes 5
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación vie, abr 11, 2025
WpInfo
Ficción
Romance
Dibuang oleh keluarga sendiri. Nuha Fajrina, seorang anak yang terperangkap dalam kesalahan yang bukan miliknya, memilih untuk menyimpan segala kesakitan demi menjaga maruah keluarga yang telah meruntuhkannya. Namun, diamnya hanya disambut dengan kata-kata tajam yang merobek jiwa. "Mulai hari ini, aku tak ada anak perempuan!" Kata-kata itu menusuk hati, memaksa Nuha melangkah pergi, tanpa arah, membawa bersama bayi yang masih berdenyut hidup dalam rahimnya. Seorang diri, tanpa sesiapa. Namun, takdir Allah tidak pernah kejam. Dalam satu malam yang mencekam, Nuha diculik. Ketika matanya terpejam, dia terdampar di pantai asing, jauh dari rumah dan segala yang dia kenali. Yang kedengaran hanya deru ombak dan rasa asin di bibir. Dia tersesat di bumi yang tak pernah dibayangkan, tanpa sesiapa untuk melindunginya. Di situlah takdir mempertemukannya dengan Idraki Sukma, lelaki Minangkabau yang tenang dan penuh kehangatan. Walaupun asing, kehadirannya menenangkan hati Nuha. "Kalau awak ndak tau mau ke mana lagi, tinggal lah di sini. Ndak ado urang nan buang awak di sini." - Idraki Sukma. Luka Nuha perlahan terubat. Bukan hanya kerana ombak yang memukul pantai, tetapi oleh seorang lelaki yang tak bertanya tentang masa lalu, namun tetap ada untuk masa depan. Namun hidup tak pernah semudah itu. "Kenapa awak sanggup tanggung hidup saya? Awak tak kenal saya pun." - Nuha Fajrina. "Sebab den percayo, tiap jiwa nan terluka, patut ado nan jago. Termasuk awak." - Idraki Sukma. Idraki ingin bertanggungjawab, bukan kerana kasihan, tetapi kerana cinta yang tumbuh perlahan di hatinya. Namun, cinta yang tidak berdarah daging itu sukar diterima oleh semua. Antara cinta, tanggungjawab, dan keturunan, Idraki terbelah. Nuha pula merintih, takut keputusan itu akan menghancurkan hidup. Adakah cinta mereka akan diterima oleh dunia penuh prasangka? Atau takdir akan memisahkan dua hati yang saling melengkapi? Mampukah Nuha bangkit semula, memeluk cinta yang datang tanpa dijangka?
Todos los derechos reservados
#20
forbiddenlove
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • Nuh's Secret Wife [C]
  • Give Your Little Heart
  • DUDA [Dia Untuk Diri Aku]
  • BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
  • The Deaf Girl
  • BIDADARI MILIK DIA
  • 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
  • Anugerah Terindah [C]
  • 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐬𝐢𝐬𝐚

"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mempunyai pasangan hidup berbanding dirinya. Sikit pun Nuh tak heran. Tapi disebabkan desakan Nenda Asiah pula yang membuatkan Nuh tertekan. Asal balik kerja tanya soalan yang sama sehingga Nuh penat beralasan yang sama dan Nenda Asiah juga muak mendengar alasan yang sama. Sampaikan Nenda Asiah terpaksa mengugut cucunya itu. "Nuh cakap Nuh tak kisah kan soal jodoh Nuh? Apa kata nenda kenenkan Nuh dengan Maleeka?"-Nenda Asiah Crapp!! Nak terpisah roh dari badan bila mendengar sebaris nama yang meniti di bibir nendanya. Nuh geleng kepala dibuatnya. "Cik bunga tolong aku cik bunga"- Nuh "Satu malam RM500 apa macam? Setuju pak dato'?"-Nur Calla Nak taknak, Nuh terpaksa bersetuju. Namun satu hal sudah selamat, timbul lagi satu hal pula. Itulah pepatah dah cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata besar masalahnya. "Nuh tak boleh nikah dengan Maleeka..." "Kalau susah sangat dato' nak deal dengan nenda, kita cer-" "Diamlah! Jangan cakap pelik-pelik lagi!"

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido