Story cover for KALAU KAU MAHU AKU, JADIKAN AKU HALAL by say_lohloh
KALAU KAU MAHU AKU, JADIKAN AKU HALAL
  • WpView
    Reads 20
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 6
  • WpView
    Reads 20
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 6
Ongoing, First published Apr 11
Bintang Kecil bukan perempuan sembarangan. Dia tahu nilainya, dan dia tahu apa yang dia mahu. Hidupnya bukan untuk dipermainkan, apatah lagi menjadi pilihan kedua dalam cerita cinta yang tak pasti. Bagi dia, cinta bukan tiket untuk tunduk, dan rayuan lelaki bukan alasan untuk menyerah.

Ilham, lelaki yang keras hati tapi serius dalam diam, jatuh hati pada Bintang Kecil. Tapi dia tak sangka, gadis itu bukan seperti yang lain. Bintang Kecil bukan mudah ditakluk dengan kata manis atau janji cinta. Kalau benar mahu, buktikan. Kalau betul cinta, halalkan.

Antara ego lelaki dan prinsip wanita, siapakah yang akan mengalah? Dan adakah cinta yang sebenar mampu melangkaui harga diri dan kepercayaan?
All Rights Reserved
Sign up to add KALAU KAU MAHU AKU, JADIKAN AKU HALAL to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
EIJAZ ELZAHRA [C] by moonviony
62 parts Complete
❣ 𝟏𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ❣ (𝐁𝐎𝐎𝐊 𝟏) Eijaz Thaqif × Elzahra Thaneesya 𝐄𝐢𝐣𝐚𝐳 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 seorang lelaki yang dingin pada semua orang namun tidak pada seorang gadis. Dia mula mengusahakan Syarikat Jaz's Empire apabila menjejak ke arah usia 28 tahun atas hasil usahanya sendiri. 𝐄𝐥𝐳𝐚𝐡𝐫𝐚 𝐓𝐡𝐚𝐧𝐞𝐞𝐬𝐲𝐚 seorang perempuan yang lemah lembut tetapi terselit kasarnya juga apabila ada orang mencari pasal dengannya. Pertemuan semula mereka membuka kembali luka di hati Elzahra. Dia pernah sukakan lelaki itu namun cintanya bertepuk sebelah tangan. Dia tidak memaksa dan akur. Namun, apabila lelaki itu kembali mengejarnya semula, dia menolak! "Aku takkan penat selagi kau tak bagi aku peluang untuk tebus semula kesilapan aku yang lepas, Zahra." - EIJAZ- Elzahra pasrah dengan takdirnya. Lelaki itu sentiasa berada di sisinya walaupun dia pernah memberi harapan palsu dan menyakiti lelaki itu. Namun, lelaki itu tetap tidak mengalah. "Berapa kali saya nak cakap? Saya dh maafkan awak!" -ELZAHRA- "Tapi kau tak bagi aku peluang untuk pikat hati kau semula!" - EIJAZ- Sehinggalah satu tragedi yang menimpa Elzahra, membuka peluang kepada lelaki itu untuk memperisterikan gadis yang dia cintai. "I think we should get married." -EIJAZ- Mampukah Elzahra membuahkan cintanya kepada Eijaz kembali? Dan mampukah Elzahra menerima lelaki itu semula? .... STORYLINE BERTERABUR 😭⚠️❗ Jalan cerita hanya rekaan semata-mata⚠️ Mengandungi banyak kesalahan tatabahasa ⚠️ 100% DARIPADA OTAK SAYA SENDIRI⚠️ Cerita ni tak best pun. Cringe. Light conflict. PLAGIAT IS NOT ALLOWED. START: 29/11/24 END:-
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunisabiha
94 parts Complete Mature
Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu . Susah untuk didekati dan sukar untuk difahami oleh sesiapa . Kenapa dia begitu dingin ? Kenapa dia suka menjauh ? Apa yang disimpan oleh dirinya itu sehingga sukar untuk menikmati indahnya dunia ? Sebegitu keras tangkai hatinya untuk membuka bicara dan menyatakan rasa buat semua di sekelilingnya . Tetapi , kenapa ? " Kau jiwa aku . " - Isyraf Nazran . Satu ucapan itu , lantas terlahir daripada dirinya . Bagaimana dirinya yang beku , dingin dan sejuk itu mampu cair begitu sahaja ? Cair di dalam dakapan gadis itu secara tiba - tiba ? ----- Bandana Headband yang sering tersarung indah di dahinya itu menjadi simbolik bagi seorang Isyraf Nazran . Walaupun begitu, adakah kisah hidup lelaki ini , sama indahnya dengan Bandana Headband yang sentiasa terhias di dahinya itu ? Adakah kehidupan dunia remaja dan cinta remajanya pada usia muda ini , akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya bersama seorang Ilya Nasuha ? " Suka Isy atau Tuan Naz ? " - Isyraf Nazran . " Isy . " - Ilya Nasuha . Adakah benar cinta sejati mampu mencantumkan dua hati yang telah lama berpisah , menjadi satu semula dengan sebuah ikatan perkahwinan ? Cinta remaja pastikah akan kekal hingga ke akhirnya ? Kekal hingga mereka tua ? Bila kedinginan mula mengawal dan bermaharaja lela di dalam hati dan organ lelaki dingin ini , mampukah cinta wujud di dalam hati kosong miliknya ? Tetaplah percaya , kerana Dia Si Pembeku Cinta .
Nama Yang Kulangitkan by sekuntumdaesy
32 parts Ongoing
"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh suka kamu. Pertama kali saya tengok kamu, saya tahu yang kamu lain daripada yang lain. Kamu istimewa." -Aisha- Nur Aisha. Gadis periang yang membuatkan semua yang mengenalinya tidak kering gusi melayan karenahnya. Namun dia ditakdirkan jatuh cinta pada seorang lelaki yang tidak mungkin dimilikinya. Seketika dirinya mulai berubah, tidak seceria dulu. Azim. Seorang lelaki bertubuh kecil, berkulit sawo matang. Senyumannya yang manis mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh hati padanya. Dia mudah mesra dan kelembutan dalam tutur katanya membuatkan semua selesa berada dekat dengannya. Tanpa dia sedar, dalam keramahan itu dia telah meluluhkan hati seorang gadis. Namun dia belum bersedia. Masih banyak perkara perlu diuruskan sebelum memikirkan soal cinta! "Semoga kamu dipermudahkan segala urusan ya. Saya doakan baik-baik untuk kamu dunia dan akhirat." -Azim- "Jangan bazir waktu untuk seseorang yang tak suka pada kamu. Moveon, teruskan hidup." -Kak Farhanah- "Hang kena lupakan dia weh. Doa baik-baik semoga hang dipertemukan dengan jodoh yang baik. Begitu jugak dia." -Dahlia- "Kak, penat aku tengok kamu menangis sebab lelaki. You deserves better, stop it." -Saydatul- Ini bukan soal deserves better atau tak. Hatinya yang sudah terpaut tanpa dia pinta. Bak kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.' Apakah dia akan terus mencintai lelaki itu ataupun berputus asa? Dalam setiap sujud dan doanya apakah masih nama yang sama dilangitkan?
Deep in the heart by ishyaais
1 part Ongoing Mature
[King series #1] 3 Tahun pemergian jejaka yang selama ini menjadi pelindung setia dia. Setelah pemergian jejaka itu tanpa penjelasan, Sumaiyah Qaila hilang tempat berlindung dan mengadu. Keluarga... hanya menjadi sebutan apabila dia hilang keluaganya dan di paksa tinggal dengan saudaranya. Namun takdir berubah membawa jejaka tersebut kembali ke pangkuannya demi menambat hatinya semula. Pemergian Zakwan Imran daripada hidup Sumaiyah hanya untuk menlindungi Sumaiyah daripada bahaya yang akan berlaku jika dia kekal bersamanya. Tapi silapnya adalah pergi meninggalkan wanita itu dengan tanda tanya dan membiarkan wanita itu duduk dalam derita dunia sendiri. "Bagi tahu aku, apa yang aku perlu lakukan untuk kau kembali kepada aku macam dulu."-Zakwan Imran " Pergi... Hanya pergi dari jauh dari saya macam yang awak buat dulu"-Sumaiyah Qaila Walaupun berkali dia ditolak dia masih setia dengan wanita yang bertakhta di hatinya. Setelah kebenaran terbongkar akhirnya dia membuat keputusan untuk terus memiliki wanita tersebut secara paksa. "Awak gila ke! Awak dah tinggalkan lepas tu awak ambil balik"- Sumaiyah Qaila "Kalau aku kata aku gila sebab kau, kau percaya tak"-Zakwan Imran Hari demi hari kebenaran sedikit demi sedikit terbongkar. Walau pun sukar diterima namun itulah kebenarannya. Kerja Zakwan yang menjadi bayang kerja asalnya menjadi punca pemergian lelaki itu. Tambahan dengan kehadiran saudara Sumaiyah yang penuh dengan hasad dan dendam menimbulkan banyak kekacauan dalam istana mereka. Menjadi tanda tanya tentang kerja asal Zakwan. Bahaya sangat ke? Kenapa lama sangat menghilang? 'Sesungguhnya jika kau telah menjadi bumi maka ku akan menjadi bulan yang setia mengiringi mu'
Selamanya Cinta {Slow Update} by qiexyy
8 parts Ongoing
Dia.... Meliya Eldaura seorang gadis yang lemah lembut, penyayang dan baik hati namun disebalik sifat lemah lembut penyayang dan sebagainya dia juga gadis yang mempunyai masalah keluarga dan anxiety.Tapi kebaikan yang dilakukan oleh Meliya langsung tidak dihargai oleh keluarga dan juga rakan-rakan sekelilingnya, dia juga merupakan anak yatim, bapanya sudah tiada begitu juga mak kandungnya, namun ada seorang perempuan saja yang setia bersama Meliya, yaitu sahabatnya, Qaseh Ariana. Akibat sifat lemah lembutnya dapat memikat hati-hati jejaka, walaupun begitu tiada satu pun yang dapat mengambil hatinya kecuali lelaki yang dia terlanggar semasa bergegas pergi berjumpa dengan sahabatnya, yaitu Tengku Aaryan Daniel. "Auch!"desis Aaryan sedikit . "E-encik sorry saya tak sengaja,tak tipu!"kata Meliya kelam kebut dan cemas. Aaryan terkedu seketika dengan perkara yang berlaku sebentar tadi, beberapa saat dia kembali sedar "E-eh takpe saya takde sakit apa apa pun" cantiknya perempuan yang ada di depan matanya sekarang ni,macam bidadari . Lega sedikit hatinya apabila lelaki di depannya kata dia tidak apa - apa "Kalau macam tu saya pergi dulu ye encik,maaf sekali lagi" kata ku dengan senyuman dan menundukkan badan sedikit sebagai tanda hormat. "E-eh awak,saya nak tau nama awak boleh?" Setelah Aaryan berkata begitu, pantas dia menutup mulutnya 'aduh macam mana boleh terlepas cakap niii tak pernah seumur hidup aku cakap macam ni kat perempuan buat malu je' kata Aaryan dalam hati. "Meliya Eldaura" kata Meliya sambil memandang Aaryan dengan senyuman yang manis dan terus meninggalkan lelaki itu yang sedang terkedu. "Meliya Eldaura,satu nama yang akan jadi milik aku suatu hari nanti" desis Aaryan dengan senyuman sinis Apa yang akan terjadi selepas itu?Adakah pengakhiran yang baik atau pengakhiran yang buruk?Nak tau baca lah💃
You may also like
Slide 1 of 9
LIFE ISN'T A FAIRY TALE cover
Biarkan Cinta Bersatu cover
Call Me Your Darling! cover
EIJAZ ELZAHRA [C] cover
DIA SI PEMBEKU CINTA  cover
Nama Yang Kulangitkan cover
Deep in the heart cover
Selamanya Cinta {Slow Update} cover
Nuh's Secret Wife [C] cover

LIFE ISN'T A FAIRY TALE

37 parts Complete

Engku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila mereka dewasa mereka lebih memilih untuk menjadi musuh. Tiada istilah perkahwinan kontrak kerana pegangan Agama adalah keutamaan mereka. Dalam pergaduhan yang sering terjadi, tanpa mereka sedari mereka bahagia dengan kehidupan baru mereka. Mereka tidak sangka perkahwinan yang dipaksa dan sering bergaduh menjadikan mereka suami isteri yang bahagia. Setiap jodoh yang ditentukan adalah rahsia. Setiap rahsia itu yang membawa kepada kebahagiaan. Orang tua-tua ada berkata, jangan bergaduh kerana lama-lama akan bercinta. Kadang-kadang kita cintakan seseorang yang kita sendiri tidak pernah terfikir atau mahu. Jodoh adalah rahsia manakala rahsia adalah istimewa. Setiap kebahagiaan pasti diuji. Adakah kedatangan Linda, Rozy dan Hakim akan memusnahkan kebahagiaan mereka? Adakah mereka akan berputus asa atau menyelamatkan rumah tangga mereka? Adakah mereka akan kembali memilih untuk menjadi musuh?