Affan - lelaki dengan perwatakan selamba dan suka mengusik.Anak orang ternama yang lebih memilih untuk berjaya tanpa pengaruh daripada seorang bapa.Bagi dia papanya sudah lama tidak wujud selepas menyakiti hati umminya.Patah hati membuatkan dia tak mahu bercinta lagi. Ayra - gadis lemah lembut dengan masa silam yang mahu dia lupakan.Tak pernah dalam hidupnya terfikir untuk bertemu lelaki yang boleh menerima dia dan masa lalunya. "Kita kahwin.." - Abang Is "Abang ni gila ke?" - Ayra Pertemuan semula setelah tiga tahun dengan Abang Is membuat hidup Ayra kucar-kacir semula.Episod depresinya berulang lagi.Lebih menghancurkan hati,ibu yang sepatutnya menjadi pelindung menjadi orang yang menidakkan trauma yang Ayra hadapi. Siapa sangka Affan yang datang hanya sebagai kenalan kepada Khai,abang sepupu Ayra dan cucu angkat kepada nenek Ayra telah membuka lembaran dan episod baru ke dalam hidup Ayra. Namun,dendam dan keinginan Abang Is untuk memiliki Ayra sering menghalang.Mampukah Ayra dan Affan tetap bersama biarpun banyak kejadian yang mungkin jadi alasan untuk mereka berpisah?
Más detalles