Di bumi asing bernama Norway, hidup tidak semudah yang dibayangkan.
Elayna Radhiyah, satu-satunya skater berhijab di Arctic Ice Academy. Setiap hari merupakan peperangan baharu bagi Elayna. Melawan suhu yang menggigit, bahasa yang asing, dan tatapan sinis yang mempertikaikan kewujudannya di atas ais. Di gelanggang yang luas dan sejuk itu, dia bukan sekadar melatih tubuhnya, tetapi juga tekad dirinya.
Setiap langkah terasa berat.
Bukan kerana fizikal, tetapi kerana beban harapan, keraguan diri, dan ketakutan untuk gagal.
Namun di tengah keasingan itu, muncul seseorang yang tidak pernah dia jangka.
Elman Dareeq Halvorsen, jurulatih muda berdarah kacukan Norwegian-Malay, seorang lelaki yang keras pada teknik tetapi lembut dalam diamnya. Lelaki yang memendam masa silam kelam, luka yang belum sembuh, dan hati yang tidak pernah berani disentuh sesiapa.
Mereka seperti ais dan api, bertentangan, tetapi... saling melengkapi.
Bermula dari teguran yang kaku, hubungan mereka berubah perlahan-lahan menjadi sesuatu yang lebih dalam, lebih hangat, dan lebih berbahaya.
Di dunia yang dingin dan penuh ujian, mereka menjadi sandaran antara satu sama lain.
Namun impian tidak pernah datang tanpa harga.
Tekanan, persaingan, dan suara-suara yang menafikan tempat Elayna di gelanggang semakin mencengkam.
Dan pada malam kejohanan paling penting dalam hidupnya... dia rebah.
Di atas ais yang pernah menjadi sahabat dan musuhnya.
Di hadapan ribuan mata.
Bukan kerana lemah, tetapi kerana dunia ini kadangkala terlalu berat dan kejam untuk mereka yang bermimpi besar.
Ketika ramai yang menyangka bahawa semuanya telah berakhir...
adakah itu benar-benar titik noktah perjalanan Elayna?
Atau sebenarnya...
ia merupakan permulaan yang belum terungkap?
Ayleen Haura. Gadis yang kelihatan tenang di luar, tapi di dalamnya ada lautan rasa yang dia lebih rela pendam dari luahkan. Dia bukan jenis yang suka tunjuk perasaan. Bagi dia, tak semua benda perlu diceritakan.
Darin Izzat. Nama yang tak pernah dia sangka akan melekat dalam hidupnya. Misteri, dingin, dan sukar dijangka. Tak ramai yang faham siapa Izzat sebenarnya.
Dua nama yang pernah bertaut dalam satu cerita panjang. Antara gurau senda dan hati yang terluka, hubungan mereka terus berjalan di atas landasan yang kabur. Sehinggalah satu hari, dia sedar sesuatu tentang Izzat. Sesuatu yang buat dia tertanya-tanya.. selama ini dia betul-betul mengenali Izzat, atau cuma mengenali bayangan yang dia sendiri cipta?
•••
"Thing is, I am not who you know and want me to be."
- Darin Izzat -
Mungkin Izzat betul. Atau mungkin Ayleen yang salah sebab mengharapkan sesuatu dari seseorang yang tak pernah berjanji apa-apa.
"Tak ada lelaki dalam dunia ni yang boleh berubah semata sebab perempuan."
- Ayleen Haura -
Tapi di sebalik semua itu, ada satu perkara yang Izzat tak pernah luahkan. Sesuatu yang dia cuba lindungi, walaupun dia tahu akhirnya semuanya akan terlerai.
"I keep disappointing people around me, and aku taknak same thing happen again dekat kau."
- Darin Izzat -
Dan saat Ayleen tahu kebenaran, cuma satu perkara yang dia mampu lakukan.
"Aku akan pergi. Jauh dari hidup kau!"
- Ayleen Haura -
•••
Kerana kadang-kadang, apa yang paling menyakitkan bukanlah perpisahan.. tetapi kebenaran yang datang bersamanya.