SHATTER THE ICE [SLOW UPDATE]

SHATTER THE ICE [SLOW UPDATE]

  • WpView
    Reads 140
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 6
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, May 24, 2026
SHATTER THE ICE A love built on collision, not convenience. Sport Romance | Enemies to Lovers | Slow Burn | Comedy Chaotic | Inspirational Di bumi asing bernama Norway, ais bukan sekadar dingin. Sebaliknya ia menguji iman, keberanian, dan harga diri. Elayna Radhiyah, seorang gadis Malaysia bertubuh chubby dan berhijab, tiba di Arctic Ice Academy dengan satu impian yang sering dipandang mustahil. Dalam dunia figure skating yang dikuasai tubuh ideal, kulit cerah, dan standard Barat, dia hanyalah seorang gadis yang "tidak sepatutnya berada di atas ais." Namun Elayna tetap meluncur. Jatuh, bangun, tergelincir dan ditertawakan. Di situlah dia bertemu Elman Dareeq Halvorsen. Seorang jurulatih muda berdarah kacukan Norwegian-Malaysian, dingin, tegas, dan menyimpan luka lama. Bagi Elman, Elayna terlalu clumsy dan terlalu degil untuk menjadi atlet elit. Bagi Elayna pula, lelaki itu terlalu garang, terlalu kurang ajar dan terlalu kerap memarahinya dalam bahasa Norway. Namun ketika dunia menolak, Elman membuka ruang. Ketika keyakinan Elayna goyah, dialah satu-satunya yang percaya. Di atas ais yang kejam dan dunia yang sering menafikan kewujudannya, Elayna belajar satu perkara: Impian tidak memerlukan tubuh sempurna, hanya keberanian untuk terus meluncur. Dan apabila ais mula retak, persoalannya bukan lagi siapa yang akan jatuh...tetapi siapa yang berani mencintai di atas permukaan yang paling rapuh.
All Rights Reserved
#281
comedy-
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • ONCE AGAIN BY T. NOIRE
  • Between Us
  • Bajo La Lluvia, Dalam Hati
  • Jodoh Antara Kita //COMPLETED// (slow editing)
  • CINTA SAKURA
  • Adakah Masih Ada Kita (Completed)
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • C| Rayyan's Everything [OLD VER]
  • Langit Takdir Kita | OG

Semua orang kenal Teeja Camellia - pelajar pascasiswazah yang tak pernah gagal jadi contoh. Bijak. Pendiam. Fokus. Dan selalu menjauh dari semua yang bernama "masalah". Tapi tiada siapa tahu... Teeja bukan hidup tanpa luka. Dan luka itu terbuka semula - saat lelaki yang dia benci muncul sebagai pensyarah barunya. Dr. Ghibran Raees. Tegas. Tenang. Penuh aura. Dan paling penting - dia tak kenal siapa Teeja. "Saya pernah buat salah kat awak ke?" "Masalahnya, awak tak pernah tahu pun apa yang awak dah buat." "Tapi saya nak tahu sekarang..." Teeja cuba lari. Cuba sembunyi. Tapi makin dia menjauh, makin Ghibran menghampiri. Bukan kerana dia tahu, tapi kerana ada sesuatu pada Teeja yang buat dia tak boleh berhenti mencari. Dan di tengah kekeliruan itu, Talha Harith berdiri sebagai satu-satunya tempat selamat untuk Teeja. Kawan yang selalu ada. Lelaki yang pendam rasa, terlalu lama. "Aku tak nak tengok kau jatuh cinta dengan orang yang pernah buat kau menangis, Teeja..." "Tapi Harith... hati aku bukan milik aku lagi." Dan ketika semuanya mula goyah, muncul satu lagi ancaman. Alya Farhana. Pensyarah cantik, berkredibiliti, dan penuh rasa cemburu yang tak terkawal. Dia mahukan Ghibran. Dan dia takkan biarkan Teeja merosakkan segalanya. "Dia bukan untuk kau. Dia untuk aku." "Kau cuma takut sebab dia pilih untuk tengok luka aku... bukan senyuman kau." Cinta. Dendam. Rahsia silam. Dalam dunia akademik yang penuh protokol dan reputasi, mereka bermain api - dan ada hati yang pasti terbakar.

More details
WpActionLinkContent Guidelines