Beautiful Lie's

Beautiful Lie's

  • WpView
    Reads 265
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 6
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Jun 16, 2026
ADEENDA AURORA. Seorang gadis yang kelihatan biasa di mata dunia, namun hatinya penuh cahaya. Dia hidup dengan satu tujuan yang sederhana untuk mencari bahagia, walau sekadar serpihan. Kebaikannya tidak pernah berkira, keberaniannya tidak pernah bersyarat. Aurora memberi tanpa meminta kembali hingga tanpa sedar, dalam diam, ada satu perasaan yang tumbuh liar mengikat, menjerat, dan akhirnya memenjarakan atmanya sendiri. INDRA LUTFI. Seorang anak yang lahir dari luka dunia. Dibesarkan dalam cacian, dihimpit oleh bayang-bayang masa silam yang tidak pernah memilihnya. Hidup tidak pernah adil buatnya. Namun takdir memberinya satu pilihan sama ada untuk terus tenggelam atau berubah menjadi sesuatu yang lebih gelap. Dan dia memilih untuk mati sebagai Indra dan lahir sebagai Lutfi. Seorang lelaki yang memeluk kegelapan seperti takdirnya sendiri. Seorang lelaki yang terlalu jauh dari cahaya. Hanya kerana satu janji yang pernah terucap, Aurora terperangkap dalam sebuah mahligai yang tidak pernah dia pinta. Mahligai cinta yang dibina oleh Lutfi namun berakar dari obsesi yang tidak bernyawa. Dia mencintai Indra Lutfi, yang dahulu tetapi lelaki di hadapannya kini bukan lagi Indra yang dia kenal. Mampukah Aurora menyentuh kembali sisa cahaya dalam diri Lutfi? Atau dia sendiri yang akan hanyut dalam gelap yang sama? "Aku cintakan kau. Sayangnya cinta aku selalu di salah ertikan oleh dunia. Aku hanya cinta. Susah ka untuk kau faham, Aurora? Aku cintakan kau.." "Tak! Ini bukan cinta... ini penjara, Lutfi! Awak kurung hidup saya, awak rampas semuanya! Awak gila, Lutfi! Awak bukan Indra saya!" Lutfi mengukir senyuman yang menyeramkan. Wajahnya didekatkan ke arah Aurora sebelum bibirnya mendekat ke arah telinga gadis itu dan berbisik perlahan. "Indra? Shhh...dia dah mati, dove. Dah mati. Dan jika cinta ini kau anggap penjara kenapa kau masih dahagakannya? Bahkan kau tak mampu hidup tanpa aku, Aurora."
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Cinta Tanpa Ruang
  • MUTE
  • [C] HATI (Buah Hati #1)
  • SATU MALAM | OG
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • [OG] Cinta Terakhir
  • Aydeen's Untold Heart (Completed)
  • CARDIO: ASH (COMPLETE)
  • Permission to Fall, Prof!
  • GILDED OBSESSIONS (#1): THE VELVET CAGE

Karya pertama, Cinta Tanpa Ruang Karya ini hanyalah karya santai dan suka-suki saya sahaja. 📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢 ___________________________________________ Mengisahkan tentang pasangan bahagia, Idris Maleeq dan Iffa Auferia, yang sedang menyulam niat untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun, angan mereka musnah serta merta apabila kemalangan menimpa Iffa. Di hujung hayat Iffa, hanya satu permintaan yang dipinta buat Idris dan adiknya, Iman Aurelia, meneruskan perkahwinan idamannya. Permintaan yang diterima amatlah berat buat kedua-dua belah pihak. Sama ada calon, mahupun keluarga. Akhirnya, kata sepakat menjadi jawapan semua pihak. Tiada yang dipaksa dan tiada yang terpaksa. Maka terjalinlah sebuah ikatan tanpa cinta, hanya janji untuk mencuba membahagiakan antara satu sama lain. "Kita cuba, kita ikhtiar. Aku yakin, Allah pandang usaha kita. Yang selebihnya tawakal." -Idris Maleeq- Perkahwinan bukan permainan. Mereka cuba dan mencuba sehingga salah seorang daripada mereka berasa sesuatu yang lain sedang menghuni jiwanya. Namun, kata hanyalah kata. Iman tersedar satu perkara, selama hubungan ini berlayar, segala cubaan bukan mendorong ke arah cinta, namun hanya keselesaan. "Layanan awak pada saya hanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Awak tak pernah beri ruang pada diri awak untuk cintakan saya." -Iman Aurelia- Hakikat itu menghentam dasar hati Iman, jiwanya sudah terikat cinta. Hatinya sudah mula memberikan reaksi apabila nama Idris disebut. Namun, mengapa ruang diantara mereka semakin menipis? Tujuan mereka semakin kabur. Adakah karam ditelan lautan, atau terus berlayar menuju pelabuhan? Ya Allah, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada engkau...

More details
WpActionLinkContent Guidelines