Project : RAYYAN

Project : RAYYAN

  • WpView
    Reads 38
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 9
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Apr 13, 2025
WpInfo
Fiction
Mystery
Dalam gelap kota yang tidak pernah tidur, jenayah bukan sekadar kejahatan fizikal - ia adalah teka-teki minda. Detektif Rayyan Al-Hakim, seorang penyiasat yang tajam dan penuh trauma silam, dihantui oleh satu kes lama: 707, sebuah siri pembunuhan tanpa corak yang nyata... kecuali satu - semuanya menyentuh titik paling gelap dalam jiwa mangsa. Dibantu oleh sahabatnya, Dr. Adam Naufal, seorang pakar psikiatri forensik, Rayyan mula membongkar kes demi kes... hanya untuk menyedari bahawa setiap mangsa bukanlah pilihan rawak, tetapi bahagian dari satu eksperimen minda berskala besar - dan dia sendiri mungkin adalah sebahagian darinya. Ketika mereka menghampiri kebenaran, mereka bertembung dengan watak misteri bernama R, pembunuh pintar yang tahu semua tentang Rayyan - termasuk rahsia yang cuba dikuburkannya. Namun sebelum rahsia itu terbongkar sepenuhnya, R ditembak mati dari jauh oleh seorang dalang bayangan - X, yang menyaksikan segala-galanya dari kejauhan. Kini, Rayyan sedar, ini bukan pengakhiran. Ini baru permulaan.
All Rights Reserved
#219
thriller
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Mission; Who is Cerro?
  • Allium Cepa. [COMPLETE]
  • Waris Luka [COMPLETED✓]
  • THE END
  • TURUTAN MAUT
  • INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)
  • V : Beneath The Veil

Bandar yang dulunya tenang kini menjadi sebuah keributan yang ditakuti ramai. Satu demi satu mayat anggota polis ditemukan, bukan di tempat sunyi, tapi di tengah-tengah keramaian. Setiap mayat hadir dengan satu perkara yang sama- sekeping sticky note dengan satu huruf. C. E. R. R. O. Tiada siapa pernah melihat wajahnya. Tiada kamera yang berjaya merakam kelibatnya. Namun kehadirannya dapat dirasai... dalam ketakutan, dalam teka-teki yang tak terjawab. "Kau orang perasan tak? Kenapa dia target Sarjan je?" - Hael Arjuna Hael Arjuna, seorang polis undercover merangkap inspektor, ditugaskan untuk menyelesaikan kes ini bersama rakannya yang lain. Tetapi semakin dalam mereka menyelami misteri Cerro, semakin mereka sedar- ini bukan sekadar pembunuh bersiri biasa. Ini adalah misi peribadi. Dan mereka mungkin bukan saja pemburu... tapi juga sasaran. "Kau, Cerro!" - Haq Semakin mereka mencari tahu siapa sebenarnya Cerro, makin banyak keributan yang terjadi. Mereka saling menuduh sesama sendiri dek kebingungan. Di sebalik keributan itu, ada Hael Arjuna yang sibuk membantu seorang gadis untuk keluar daripada kegelapan. Anggun Juwita, gadis cantik namun mematikan, dia tak pernah tunduk pada sesiapa. Di balik senyuman dinginnya, tersembunyi sejarah kelam dan dendam berdarah. Kerana itu, dia menjadi pembunuh upahan dalam sebuah kelab kongsi gelap yang tiada jalan keluar. Namun, semuanya berubah apabila dia bertemu Hael Arjuna, lelaki berhati bersih yang sanggup menawarkan diri untuk menolong gadis itu keluar dari kumpulan gelap yang pernah dia jejaki. "Aku polis, kau selamat dengan aku." - Hael Arjuna. "Macam mana aku nak percayakan kau? Kau polis, bodoh!" - Anggun Juwita. Setiap ucapan yang keluar dari mulut gadis itu, tidak bakal seanggun namanya. Tetapi, Arjuna melihat sisi lain Anggun. Dia yakin, wanita itu masih punya cahaya. Tapi..., siapa sebenarnya Cerro? Dan kenapa dia memilih untuk membunuh mereka yang sepatutnya menjaga keamanan?

More details
WpActionLinkContent Guidelines