Story cover for Tengku Aiden : His Ayang [OG] by khleenaa_
Tengku Aiden : His Ayang [OG]
  • WpView
    Reads 3,385
  • WpVote
    Votes 171
  • WpPart
    Parts 28
  • WpView
    Reads 3,385
  • WpVote
    Votes 171
  • WpPart
    Parts 28
Ongoing, First published Apr 13
(slow update)

---

Tengku Aiden Li merupakan seorang lelaki kaya dan berjaya. Sikapnya yang pendiam, baik, sopan, dan sentiasa membuat orang di sekelilingnya berasa selesa menjadikannya seorang yang mudah disenangi.

Dayang Sophia pula ialah seorang gadis yang manis, ceria dan mudah tersenyum. Dia sopan dan menghormati orang lain, namun tidak akan berdiam diri jika dirinya dipandang rendah atau tidak dihormati. Sikapnya boleh berubah secara drastik apabila berdepan dengan orang yang tidak menghargainya.

Pertemuan secara tidak sengaja antara Tengku Aiden dan Dayang telah membuatkan lelaki itu tertarik dengan keperibadian unik gadis tersebut.

Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah Family Mart. Dayang baru sahaja melangkah keluar dari kedai itu sambil memegang semangkuk oden kegemarannya. Secara tiba-tiba, Tengku Aiden yang sedang tergesa-gesa melanggar Dayang, menyebabkan oden itu terlepas dari tangannya dan jatuh ke lantai.

"Uncle! Tengoklah apa yang uncle dah buat pada oden saya! Saya bayar mahal tau, bukannya selalu saya dapat makan benda ni..." Dayang merungut sambil menangis teresak-esak.

"Err... Maaf, saya tak sengaja langgar awak..." balas Tengku Aiden sedikit kekok sambil menggaru belakang lehernya.

"Maaf!? Kasut saya pun dah kotor sebab oden tu. Lepas tu uncle cakap maaf je!?" Dayang terus membebel tanpa henti.

Tengku Aiden membuka dompetnya dan menghulurkan sehelai wang kertas RM50 kepada Dayang. Mata gadis itu membulat melihat jumlahnya.

"Eh, betul ke ni, uncle? Hehe... Susah-susah je. Tak apalah, saya maafkan. Lagipun, uncle tak sengaja kan? Hehe..." katanya sambil tersenyum manja dan mengambil duit itu.

"Jangan panggil saya uncle. Saya masih muda lagi," balas Tengku Aiden, sedikit tersinggung tetapi dalam nada tenang.

Sejak dari detik itu, sesuatu dalam diri Aiden berubah. Buat pertama kalinya, dia rasa ingin mengenali seseorang lebih dalam.


---
All Rights Reserved
Sign up to add Tengku Aiden : His Ayang [OG] to your library and receive updates
or
#148viral
Content Guidelines
You may also like
The Chosen One by BabyRyens
90 parts Complete Mature
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecuali kekayaan. Disebabkan kematian kedua-dua orang tuanya, dia hidup bersama adik lelaki yang tercinta. Namun, siapa tahu apabila malang menimpa mereka? Nasib si adik yang menghidapi penyakit barah otak telah memaksa model tersebut agar mengerah lebih tenaga untuk mencari lebih banyak wang. Pada beberapa tahun lalu, Tengku Haikal @Aden melarikan diri demi mencari sebuah makna ketenangan sebaik sahaja cintanya ditolak oleh kakak iparnya sendiri. Hanya kerana ingin membuktikan bahawa dirinya sudah melupakan cinta pertama, dia nekad ingin mencari kekasih upahan. Dari kekasih upahan dipaksa pula menjadi isteri upahan apabila Tengku Lily ingin melihat sijil pernikahan mereka sebagai bukti. Oleh disebabkan 'permainan' tersebut, mereka berkahwin dan hidup dalam kepura-puraan. Ops, mungkin korang dah lupa bahawa Anneliese seorang yang pelik. Pelik dari segi apa? Bagi sesetengah orang ia satu anugerah namun bagi Anneliese ia satu sumpahan. Dia boleh melihat sesuatu yang agakkkkk pelik dan SEDIKIT menakutkan. Mujur sahaja Tengku Haikal tenang orangnya. Tak disangka-sangka jejaka tampan tersebut sentiasa menjadi penjaga setiap masanya. Pelbagai ragam dan aksi pelik membuatkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, di antara mafia dan ego, siapakah yang menang? "You pembunuh! Sedar dengan kenyataan tu!" - Anneliese Cherina. "Aku memang pembunuh but at least aku tak pelik macam kau. Hantu? Sape kata hantu tu wujud? Entah-entah kau yang hantu kut. Kau saje nak minta perhatian aku en?" -Aden. "I tak pelik! Semua orang yang korang dah bunuh tu, sentiasa ada dekat korang! Menanti nak balas dendam!" -Anneliese Cherina. "Oh, yeah? So, sampaikan mesej aku kat diorang yang aku harap diorang happy berpesta kat neraka! Cenyum sikit. Alololo comel! Maaaa..cam anjing!" -Aden.
SOLE MIO [C] by DaisyIntrovert
55 parts Complete Mature
Warning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm cerita ini, maaf ya. Ada berkait sedikit dengan cerita Her Man. Cerita ini saya unpublish buat sementara waktu 🫶🏻 Megat Syafiq x Tengku Sarah " Aku bagi kau pilihan Ara, batalkan perkahwinan kau atau kau akan menyesal " - Megat Syafiq Kejam! Pemusnah! Durjana! Semua perkataan negatif buat lelaki itu tertanam di dalam otak Tengku Sarah. Disaat dirinya diambang kebahagiaan, kemunculan semula lelaki itu membuatkan hidup Tengku Sarah kucar kacir. " You're mine. Takkan ada lelaki yang boleh rampas 'hak' aku ". So, kau cubalah larikan diri macam mana sekalipun, kau tetap akan jadi milik aku Ara " - Megat Syafiq Sulit. Bagaimana dia mahu membuat lelaki itu mengerti jika mereka tidak mungkin akan bersama seperti dulu lagi tambahan pula dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. " Bukan mudah untuk saya cantumkan kembali hati yang awak dah hancurkan suatu ketika dahulu. Kemunculan awak membuatkan hati saya kembali berdarah " - Tengku Sarah Sudah puas mengelak, takdir berkata lain. Akhirnya mereka bersatu kerana satu tragedi. " Bagi aku satu peluang untuk betulkan semuanya Ara " - Megat Syafiq " Awak adalah 'buku' yang saya mahu hapuskan selamanya bahagia. Kembali kepada awak sama saja seperti membaca buku yang sama kerana pengakhiran kita tidak akan bahagia Syafiq" " Ikhlas hanya berlaku pada peluang pertama, jika saya beri awak peluang kedua, keikhlasan itu akan berganti dengan dendam. Awak sanggup ke hidup dengan saya yang akan jadi pendendam? " Mampukah Duda anak satu ini menebus kembali 'kesilapan' yang pernah dia lakukan?
Pelan Cinta by the_areumi
42 parts Ongoing
Akibat satu insiden di hadapan sebuah hotel, Nadine Ilana mula mengenali Tengku Luth Elhan dengan nama yang lain. Sejak itu, takdir seolah-olah sengaja menyusun pertemuan mereka berulang kali. "Setiap kali I ada masalah mesti you yang datang tolong I." - Nadine Ilana "I was born to be a hero." Tengku Luth Elhan "Does this mean I should start calling you The Amazing Hero?" - Nadine Ilana "Sebelum ni panggil abang, takkan tiba-tiba nak panggil The Amazing Hero?" - Tengku Luth Elhan Bersama Nadine, Tengku Luth merasa bebas menjadi seperti orang biasa. Tiada protokol yang perlu dijaga, tiada beban yang perlu dipikul. "You look like a lost cat." - Tengku Luth Elhan "Can you adopt me?" - Nadine Ilana Perkenalan yang bermula secara tidak sengaja antara jejaka berdarah bangsawan dan gadis yang keras kepala, mula menumbuhkan benih cinta yang tak terduga. Namun, di saat Tengku Luth mengumpulkan keberaniannya untuk meluahkan isi hati, cintanya ditolak mentah-mentah. Ia bukan sekadar penolakan biasa, tetapi diiringi dengan kata-kata yang menikam ego dan harga dirinya. "Berhenti gilakan I. Apa pun yang jadi, I takkan pernah suka lelaki macam you!" - Nadine Ilana "I'll make you fall for me, mark my words!" - Tengku Luth Dari cinta yang ditolak, kini wujud satu tekad. Dia mahu mengajarnya! Tengku Luth mula melancarkan perang dingin, menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mengganggu kehidupan Nadine. "Kami berdua dah buat satu keputusan, dan malam ni saya nak umumkan yang saya dan Nadine... akan berkahwin."
ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT) by CtNorLiana
26 parts Complete
"Hoi! Buta ke?" "Maaf encik. Saya nak cepat. Saya tak sengaja langgar. Maaf sangat-sangat." "Lain kali mata tu letak jelah kat tapak kaki. Ada kat muka pun tak reti nak guna pandang depan. Main rempuh je. Kalau aku jatuh tadi, macam mana?" "Apa masalah encik ni ya?" "Talk to my hand!" Andri Fedric, seorang jejaka Perancis berusia 30 tahun. Kedatangan dia ke Malaysia adalah atas urusan kerja. Namun siapa sangka dia dipertemukan dengan gadis dua tahun lepas. Di tempat yang sama. "Pastikan kau tak berjumpa aku lagi lepas ni Kalau tak, kau tahulah apa nasib kau." - ANDRI Afya Aileen, gadis Melayu berusia 25 tahun. Disangkakan, pertemuan di KLIA itu adalah yang terakhir. Namun, bagai ada tali yang menarik mereka untuk terus bertemu. Dan ia, membuat hidup Afya huru-hara. "Kalau bukan awak yang hantar gambar-gambar tu, siapa lagi? Awak je yang memang tak puas hati dengan saya sekarang ni. Buat report konon saya cederakan awak. Eh padahal awak yang bersalah. Yang memulakan. Saya cuma nak lindung diri sendiri je. Tak cukup buat saya kena gantung kerja, buat pula saya bergaduh dengan ibu ayah dengan hantar gambar-gambar tu semua. Manusia jenis apa awak ni? Suka huru harakan hidup orang!" - AFYA Siapa sangka, orang yang membuat hidupnya huru hara itulah yang menjadi jodohnya. Demi membiayai kos perubatan si ayah, Afya bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Andri. Iaitu kahwin. Namun, satu demi satu dugaan datang daripada sebelum sehinggalah selepas mereka berkahwin. Menguji cinta mereka. "Ya, aku mengaku aku jahat. Aku tak sepatutnya berkahwin dengan kau. Aku silap. Aku tak fikir tentang kau. Aku pentingkan diri sendiri je. Aku minta maaf." - ANDRI "Awak... awak baik sangat. Awak... tak jijik ke dengan saya? Saya kan... dah disentuh lelaki lain." - AFYA Love is like a war. Easy to start. Difficult to finish. And impossible to forget.
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C  by Qeyraawr
45 parts Complete
𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka seperti anak sendiri. Dan sejak itulah, semuanya berubah. Tengku Aydan Iskandar, budak lelaki yang dulu suka berperang mulut dan buat hidup Hera tak tenteram, semakin menjauh. Dingin. Sinis. Tetapi siapa sangka, selepas bertahun membawa diri ke menara gading, si enemy zaman kecik itu pulang dengan pakej yang langsung tak dijangka. Tinggi. Kacak. Cold. Diva kalah perempuan. Dan paling tak boleh terima... dia masih menyakitkan hati. Lagi parah, Tengku Aydan rupanya menyimpan satu identiti rahsia-sisi lain yang langsung tak selari dengan personaliti 'Tengku bossy' yang Hera kenal. 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐘𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑. Dia kembali bukan untuk berdamai. Tetapi untuk 'memiliki'. Demi satu syarat bagi mewarisi legasi bapanya, mereka berdua dikorbankan dalam perkahwinan yang langsung tak diingini. Dia bertekad untuk tak jatuh cinta. Tak akan beri ruang pada 'anak angkat' yang dianggap orang luar. Tapi... dia juga manusia. Dan kebencian yang dulunya membara, perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang dia tak mampu dustakan. "Kau? Pertama kali kau guna panggilan tu. Kau... kau betul-betul dah bencikan aku?" - TENGKU AYDAN ISKANDAR "Infinity. Itu sejauh mana aku benci kau." - HERA QISTINA Namun takdir itu ikonik. Semakin mereka cuba menjauh, semakin hati mendekat. Dan dalam perang antara ego, dendam dan perasaan, siapa yang akan tersungkur dulu?
You may also like
Slide 1 of 9
Between Us cover
The Chosen One cover
TSL Highschool 1 ✔️ cover
SOLE MIO [C] cover
Pelan Cinta cover
ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT) cover
Dalam Luka Ada Kamu cover
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C  cover
Suamiku Pemalu [Complete] cover

Between Us

10 parts Ongoing

Ian Noa Eltasya cuma nak hidup biasa-biasa. Masuk sekolah elit, dapat keputusan bagus, dan... jauhkan diri dari drama. Tapi drama datang juga - dalam bentuk silap daftar asrama. Dan silap bilik. Dan silap roommate. Tengku Aadyan Suhair. Pagi tu? Jeritan. Drama. Tuala. Panik. Bila identiti sebenar Ian terbongkar, semuanya meletup. Dia segera dipindahkan ke asrama perempuan, tapi damage dah dibuat. Sekarang, dia sekelas dengan Aadyan. Dan dengan geng pelik-pelik kelas 4 Ruby. Setiap hari rasa macam survive satu episod baru-ada yang manis, ada yang menyakitkan hati, dan ada yang... buat jantung degup pelik. Dalam dunia Crownz Academy yang penuh rahsia, hierarki pelik, prank besar-besaran, dan geng pengawas yang macam James Bond versi sekolah - Ian mula belajar satu perkara: Kadang-kadang, orang yang paling kau benci... adalah orang yang paling faham kau. Dan hati? Dia memang suka buat hal. #ExroommateFromHell or #BoyILove?"